Pindah pejabat pentadbiran, Sarawak tetap berjiran dengan Indonesia

Rudi Affendi Khalik
Ogos 11, 2019 06:24 MYT
Tuan Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud sambil ditemani Abang Johari (kanan) melapah daging korban pada simbolik Majlis Korban Perdana anjuran Majlis Islam Sarawak di Dewan Hikmah pada Ahad. - Foto Bernama
Tiga wilayah iaitu Kalimantan Tengah, Timur dan Selatan disenarai pendek sebagai lokasi baharu pentadbiran ibu kota Indonesia.
Walaupun belum ada keputusan muktamad, lima kota lain masih menaruh harapan iaitu Palangkaraya, Samarinda, Tanjong Selor, Banjarmasin dan Pontianak.
Kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, wilayah mana pun yang dipilih republik itu, Sarawak tetap memainkan peranan sama sebagai sebuah negara jiran.
"Masalah ni kita hanya memerhati keputusan untuk kebaikan Indonesia tapi kalau diperlukan kita boleh bekerjasama," katanya selepas Majlis Korban Perdana Majlis Islam Sarawak 1440 di Kompleks Hikmah Petra Jaya pada Ahad.
Jelas Abang Johari, Sarawak akan tetap membantu dan memperkukuhkan kerjasama bilateral kedua-dua negara.
Sebelum ini, Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo mengumumkan hasrat untuk memindahkan pusat pentadbiran negeri itu ke Kalimantan.
#Abang Johari Tun Openg #Indonesia #Kalimantan #pindah pejabat pentadbiran #Sarawak