awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pinkfish: Penggantungan semua konsert tindakan ekstrem, kurang faham - ALIFE

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
05/01/2025
10:20 MYT
Pinkfish: Penggantungan semua konsert tindakan ekstrem, kurang faham - ALIFE
Rizal berkata, penggunaan dadah dalam konsert jarang dikesan berlaku di Malaysia dan insiden tersebut tidak seharusnya menjadi alasan untuk menghukum keseluruhan sektor hiburan. Gambar/ IG ryzkamal
KUALA LUMPUR: Penggantungan penganjuran semua konsert secara menyeluruh susulan insiden di acara Pinkfish Countdown disifatkan sebagai tindakan ekstrem yang mencerminkan kurangnya pemahaman terhadap perbezaan industri persembahan.
Penasihat Khas Persatuan Penggiat Festival Antarabangsa (ALIFE), Rizal Kamal berkata, penggunaan dadah seperti ekstasi dalam konsert jarang sekali dikesan berlaku di Malaysia dan insiden tersebut tidak seharusnya menjadi alasan untuk menghukum keseluruhan sektor hiburan.
"Saya rasa penggantungan ini terlalu drastik dan tidak mencerminkan gambaran sebenar industri.
"Justeru tindakan menghukum atas insiden yang tidak mencerminkan keseluruhan industri ini bukan sahaja menghantar mesej yang salah tetapi juga memberi kesan negatif kepada semua pihak yang terlibat termasuk penganjur, artis, pekerja di belakang tabir dan pengunjung," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Ahad.
Rizal berkata, industri muzik menyumbang kepada ekonomi dan budaya negara.
"Justeru pendekatan yang lebih adil dan seimbang perlu diambil untuk menangani isu ini tanpa menjejaskan kelangsungan sektor ini," katanya lagi.
Menurutnya, konsert Electronic Dance Music (EDM) adalah berbeza berbanding konsert muzik lain seperti persembahan komedi atau muzik konvensional.
Sehubungan itu beliau menggesa pihak berkuasa untuk berunding dengan pakar industri bagi mencari penyelesaian yang lebih seimbang tanpa menjejaskan industri ini.
Topic Berkaitan
#pinkfish
#Persatuan Penggiat Festival Antarabangs
#konsert
#Electronic Dance Music
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan