Pintu Kaabah dibuka untuk Perdana Menteri

Najib Aroff
Mac 7, 2021 00:08 MYT
Muhyiddin dan isteri dibenarkan memasuki Kaabah semasa mengerjakan umrah pada Sabtu. - Foto Pejabat Perdana Menteri
RIYADH: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi penghormatan untuk memasuki Kaabah ketika menunaikan ibadah umrah.
Pintu Kaabah dibuka untuk Muhyiddin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta beberapa tetamu lain.
Detik pembukaan pintu Kaabah, pada Sabtu malam waktu tempatan, dirakam beberapa jemaah yang berkongsi momen itu di media sosial.
Ini merupakan kali pertama tetamu memasuki Kaabah sejak lebih setahun lalu.

Perdana Menteri @MuhyiddinYassin mengucup Hajarul Aswad ketika menunaikan ibadah Umrah. Muhyiddin dijangka melakukan ziarah ke Madinah pada Ahad. @501Awani pic.twitter.com/dn9tpYt03U

— Najib Aroff AWANI (@NajibAroffAWANI) March 7, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Visual secara dekat Perdana Menteri @MuhyiddinYassin memasuki Kaabah ketika menunaikan ibadah Umrah bersempena lawatan rasmi di Arab Saudi. @501Awani Kredit video PMO pic.twitter.com/r4WrqhUCjL

— Najib Aroff AWANI (@NajibAroffAWANI) March 7, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu Perdana Menteri dan isteri tiba di Jeddah pada jam 5.31 petang Sabtu waktu tempatan (10.31 malam di Malaysia) untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi.
Muhyiddin merupakan ketua negara pertama yang mengerjakan ibadah umrah sejak penularan pandemik COVID-19.

The Ka'abah door was opened today for the Malaysian Prime Minister who is currently in Saudi Arabia. pic.twitter.com/QFAFbjYw0y

— (@HaramainInfo) March 6, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#pintu Kaabah dibuka #Kaabah #pintu #Muhyiddin Yassin #umrah