MALAYSIA
Pisah kuasa AG-PP: Wujudkan akta etika, prosedur kerja khusus Pendakwa Raya - Bersih
Bangunan Jabatan Peguam Negara. Rang undang-undang pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan dibentangkan dalam sidang parlimen kali ini. - Bernama
KUALA LUMPUR: Satu akta khusus bagi menyelia etika dan prosedur kerja Pendakwa Raya wajar diwujudkan bagi mengelakkan ikatan yang keterlaluan terhadap kerajaan dan parlimen.
Ringkasan AI
Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, Pendakwa Raya wajar memberi laporan dan penjelasan mengenai kes-kes yang dikendalikan, tetapi tidak wajar tanggungjawab itu dikuatkuasakan secara berlebihan sehingga menjejaskan proses pendakwaan.
"Parlimen perlu ada ruang untuk panggil Pendakwa Raya untuk memberikan penjelasan mengenai kes-kes tertentu.
“Sudah pasti bagi kami, ruang parlimen juga perlu ada had. Kita tidak mahu parlimen yang dipelopori oleh kerajaan memberi arahan kepada Pendakwa Raya.
“Itulah penting untuk ada akta pembolehan (enabling act) agar parlimen boleh panggil Pendakwa Raya untuk beri penjelasan atau laporan berdasarkan ruang lingkup perundangan sedia ada,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Dalam temu bual yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS Malaysia, Aira Azhari pula menekankan keperluan untuk menyeimbangkan peranan institusi utama negara dalam urusan pelantikan Pendakwa Raya.
“Mungkin perkara yang akan menimbulkan persoalan atau bantahan ialah berkaitan mekanisme lantikan Pendakwa Raya. Kita hendak seimbangkan peranan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan parlimen sebagai wakil kepada suara rakyat.
“Pada masa yang sama kita hendak hindarkan campur tangan berlebihan daripada badan eksekutif. Mungkin di situ akan ada beberapa pertembungan hujah mengenai siapa yang sepatutnya memegang kuasa untuk lantik Pendakwa Raya,” ujarnya.
Pada 5 Januari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rang undang-undang pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya, menjadi perundangan pertama dijadual dibentangkan pada sesi Parlimen yang bermula 19 Januari.
Dalam pada itu, Azalina, pada 14 Januari, pula berkata perbincangan pihaknya dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen menunjukkan sokongan menyeluruh terhadap undang-undang berkenaan yang memerlukan sokongan majoriti dua per tiga di Dewan Rakyat.
Agenda AWANI: RUU Pemisahan Kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya
Ringkasan AI
- Cadangan mewujudkan Akta khusus bagi menyelia etika dan prosedur Pendakwa Raya penting agar proses pendakwaan tidak terikat secara berlebihan kepada kerajaan atau Parlimen.
- Parlimen wajar diberi ruang memanggil Pendakwa Raya untuk penjelasan tanpa campur tangan keterlaluan, manakala mekanisme lantikan Pendakwa Raya perlu seimbang antara institusi utama negara.
- Pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya dijangka dibentang sebagai RUU pertama sesi Parlimen, dengan sokongan dua per tiga diperlukan.
Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, Pendakwa Raya wajar memberi laporan dan penjelasan mengenai kes-kes yang dikendalikan, tetapi tidak wajar tanggungjawab itu dikuatkuasakan secara berlebihan sehingga menjejaskan proses pendakwaan.
"Parlimen perlu ada ruang untuk panggil Pendakwa Raya untuk memberikan penjelasan mengenai kes-kes tertentu.
“Sudah pasti bagi kami, ruang parlimen juga perlu ada had. Kita tidak mahu parlimen yang dipelopori oleh kerajaan memberi arahan kepada Pendakwa Raya.
“Itulah penting untuk ada akta pembolehan (enabling act) agar parlimen boleh panggil Pendakwa Raya untuk beri penjelasan atau laporan berdasarkan ruang lingkup perundangan sedia ada,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Dalam temu bual yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS Malaysia, Aira Azhari pula menekankan keperluan untuk menyeimbangkan peranan institusi utama negara dalam urusan pelantikan Pendakwa Raya.
“Mungkin perkara yang akan menimbulkan persoalan atau bantahan ialah berkaitan mekanisme lantikan Pendakwa Raya. Kita hendak seimbangkan peranan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan parlimen sebagai wakil kepada suara rakyat.
“Pada masa yang sama kita hendak hindarkan campur tangan berlebihan daripada badan eksekutif. Mungkin di situ akan ada beberapa pertembungan hujah mengenai siapa yang sepatutnya memegang kuasa untuk lantik Pendakwa Raya,” ujarnya.
Pada 5 Januari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rang undang-undang pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya, menjadi perundangan pertama dijadual dibentangkan pada sesi Parlimen yang bermula 19 Januari.
Dalam pada itu, Azalina, pada 14 Januari, pula berkata perbincangan pihaknya dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen menunjukkan sokongan menyeluruh terhadap undang-undang berkenaan yang memerlukan sokongan majoriti dua per tiga di Dewan Rakyat.
Agenda AWANI: RUU Pemisahan Kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya
#Agenda Awani
#Anwar Ibrahim
#Bersih
#Dewan Rakyat
#Malaysia
#Parlimen
#Peguam Negara
#Rang Undang-Undang