awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Brunei jalani pembedahan lutut 18 Januari ini
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pemerkasaan tahfiz bina huffaz profesional seimbang - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pisau diguna ustaz bunuh janda ditemui

Bernama
Bernama
09/05/2015
13:31 MYT
Pisau diguna ustaz bunuh janda ditemui
Pisau diguna ustaz bunuh janda ditemui.
Polis menjumpai sebilah pisau yang dipercayai digunakan seorang guru agama dalam kes bunuh seorang janda beranak empat di hadapan Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Baharu, Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R. Supramaniam berkata, pisau berkenaan yang menjadi bukti kukuh dalam kes itu dijumpai di dalam Sungai Tua, Ulu Yam dekat sini, kira-kira 12.30 tengah hari tadi.
"Operasi pencarian senjata itu disertai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Hulu Selangor dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Hulu Selangor selain bantuan Orang Asli," katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berkata dengan penemuan bahan bukti itu, pihaknya yakin kes tersebut telah selesai.
Dalam kejadian Rabu lepas, Nur Salina Nazir, 34, yang menjalankan perniagaan dalam talian dilapor mati dibunuh teman lelakinya di hadapan Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Baharu.
Mayatnya ditemui dalam kereta miliknya dalam keadaan terlentang di bahagian tempat duduk pemandu serta mempunyai empat kesan tikaman di dada, rusuk kanan dan kiri serta lengan kiri.
Susulan kejadian pukul 9 pagi itu, seorang guru agama berusia 29 tahun di sekolah itu diberkas di rumahnya di Taman Bukit Bujang, Kuala Kubu Baharu dan suspek mengaku telah membunuh mangsa kerana mangsa sering mendesak untuk berkahwin dengannya.
Topic Berkaitan
#bunuh
#guru agama
#janda
#Nur Salina Nazir
#pisau
#ustaz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan