awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PJS sahkan Mastaf bubar secara rasmi

Sinar Harian
Sinar Harian
07/02/2023
02:45 MYT
PJS sahkan Mastaf bubar secara rasmi
Ibrahim Mohd Yusof berkata, pihaknya telah memaklumkan status itu kepada badan induk tersebut menerusi satu notis hujung bulan lalu. - Foto Sinar Harian
PEJABAT Pesuruhjaya Sukan mengesahkan bahawa Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (Mastaf) telah dibubarkan secara rasmi pada 31 Januari lalu.
Pesuruhjaya Sukan (PJS), Ibrahim Mohd Yusof berkata, pihaknya telah memaklumkan status itu kepada badan induk tersebut menerusi satu notis hujung bulan lalu.
“Berdasarkan kepada Perkara 9 Peraturan-Peraturan Pembangunan Sukan (Pendaftaran Badan Sukan) 1998, permohonan pembatalan pendaftaran melalui pembubaran bertarikh 27 Januari 2023 adalah diluluskan.
“Dengan ini Malaysia Sepaktakraw Federation dengan nombor pendaftaran K-SGR-11462 adalah dibatalkan berkuat kuasa pada tarikh pemberitahuan berkenaan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.
Sukan Sinar sebelum ini melaporkan Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) telah menerima permohonan daripada Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) untuk menjadi ahli gabungan tersebut.
Namun, Presiden ASTAF, Datuk Abdul Halim Kader memaklumkan, permohonan PSM masih belum diproses daripada badan induk sepak takraw Asia tersebut.
“Ya, kami sudah menerima permohonan PSM untuk menjadi ahli gabungan Astaf pada 22 Disember lalu, namun sehingga kini ia masih belum dapat diproses oleh jawatankuasa kami.
“Ini kerana Mastaf masih ahli gabungan Astaf. Permohonan PSM hanya dapat diproses apabila Mastaf dibubarkan secara sah dan pembubaran itu disahkan PJS serta Kementerian Belia dan Sukan,” ujarnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pesuruhjaya Sukan
#PJS
#MASTAF
#Persekutuan Sepak Takraw Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan