PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) pada Jumaat mengumumkan pelantikan Datuk Pkharuddin Ghazali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan ke-19, berkuat kuasa 23 Sept lepas.
Pkharuddin, 59, yang sebelum ini adalah Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Dasar dan Kurikulum) menggantikan Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid yang bersara wajib pada 29 Julai.
Menurut KPM, Pkharuddin telah berkhidmat di pelbagai organisasi kementerian itu dalam tempoh 33 tahun perkhidmatannya, antaranya sebagai Penolong Pengarah Sektor Penilaian dan Peperiksaan di Lembaga Peperiksaan dan Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan.
"Pkharuddin diyakini dapat menggalas tanggungjawab sebagai peneraju perkhidmatan pendidikan dan meneruskan kesinambungan dalam memacu transformasi pendidikan bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara ke tahap lebih tinggi," menurut KPM dalam kenyataan pada Jumaat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 01 2022

Pkharuddin dilantik menggantikan Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid yang bersara wajib pada 29 Julai. - Foto fail/BERNAMA

AWANI Ringkas: Isu kekurangan sayur | Isu penipuan dalam talian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Sepatutnya sudah ada satu kejuaraan'
Katanya, BAM perlu lakukan sesuatu untuk pemain negara bangkit, sekali gus mencipta kejuaraan dalam kejohanan akan datang.

Ratusan ribu hadir sambutan Thaipusam di Batu Caves
Keadaan terkawal dan lancar setakat ini dengan upacara keagamaan penganut Hindu dapat dilakukan tanpa sebarang masalah.
![AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [5 Februari 2022] AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [5 Februari 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2008046/8668162651675557065848_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [5 Februari 2022]
Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Hakim Rahman & Hafizi Rosli Antara fokus AWANI Thaipusam: Polis Selangor jangka lebih 300,000 pengunjung di Batu Caves Kaji semula kebenaran penjualan mercun, bunga api Program Menu Rahmah di IPTA dijangka selepas Aidilfitri - Salahuddin Ayub

Dua lelaki ditahan kes gaduh depan pasar
Mangsa ialah lelaki warga tempatan berusia 18 tahun yang merupakan pelajar kolej swasta di Kuala Lumpur.

Kena tunjuk kad pengenalan beli minyak masak bersubsidi
Peraturan itu bagi mengelak orang ramai daripada membeli minyak masak secara berlebihan.

Perang Ukraine | 14,000 orang awam terkorban - WHO
Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dilihat sebagai salah satu daripada lapan kecemasan kesihatan global, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Dalam laporan yang dikeluarkan - krisis berkenaan mengorbankan lebih 14 ribu nyawa orang awam, 17.7 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan, dan 7.5 juta rakyat Ukraine menjadi pelarian ke seluruh Eropah.

Amerika Syarikat | Belon pengintip China ditembak jatuh
Amerika Syarikat dilaporkan telah menembak jatuh belon pengintip didakwa milik China yang melintasi ruang udara negara Uncle Sam itu pada Sabtu. Belon itu ditembak jatuh berhampiran pantai Holden Utara Carolina.

Peruntukan Kurang | Ahli parlimen perlu maksimum sumber bantu penduduk diwakili - Fahmi
Setiap ahli Parlimen perlu mengamalkan sikap berhemah selain memaksimumkan segala sumber yang ada untuk menyantuni keperluan rakyat di kawasan masing-masing di sebalik pengurangan peruntukan kerajaan kepada mereka. Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata antaranya ahli Parlimen boleh berusaha mendapatkan bantuan menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) daripada rakan-rakan korporat mereka.

Kekurangan Sayur | LPP dan FAMA diarah lakukan intervensi segera
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diarah mengambil langkah intervensi segera bagi menyelesaikan masalah kekurangan bekalan sayur di pasaran ketika ini. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata untuk jangka panjang, kementerian akan mewujudkan sistem data raya bagi mendapatkan maklumat dalam masa sebenar tentang situasi bekalan sayuran di negara ini.

Sesi sekolah 8 pagi bukan keutamaan setakat ini - Fadhlina
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan sesi persekolahan bermula jam 8 pagi bukan keutamaan Kementerian Pendidikan buat masa ini.

KPM akan selesaikan isu kekurangan guru sebelum Mac ini - Fadhlina
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyasarkan untuk menyelesaikan isu kekurangan guru di seluruh negara secara berperingkat sebelum sesi persekolahan baharu yang dijadual bermula Mac ini.

KPM ambil tindakan pemulihan interim bagi aplikasi MOEIS, idME
Gangguan capaian sistem itu adalah disebabkan capaian trafik yang amat tinggi daripada pengguna sistem iaitu para guru.

Arab Saudi benarkan sekolah swasta kurangkan waktu pembelajaran
Arab Saudi membenarkan sekolah swasta dan antarabangsa yang bergabung dengan kerajaan mengurangkan waktu pembelajaran.

Undi18: KBS semak, susun semula program pendidikan literasi politik - Adam Adli
KBS dengan kerjasama Kementerian Pendidikan sedang menyemak dan menyusun semula Program Pendidikan Literasi Politik bagi menarik minat belia.

Belanjawan 2023: 568 sekolah daif di Sarawak jadi keutamaan - Fadhlina
Usaha membaik pulih 568 sekolah daif di seluruh Sarawak menjadi antara perhatian utama kerajaan Persekutuan dalam Belanjawan 2023, pada 24 Feb ini, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Transformasi pendidikan ke arah lebih saksama, berdaya saing - Fadhlina
Kementerian Pendidikan hari ini berkongsi komitmen dan visi berkaitan dengan transformasi pendidikan sebagai laluan ke arah sistem pendidikan yang lebih saksama, inklusif, relevan dan berdaya saing.

Tiada isu diskriminasi agama dalam penganjuran bengkel SPM di Johor - KPM
KPM menegaskan tiada isu diskriminasi agama dalam penganjuran Bengkel Persediaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melibatkan sebuah sekolah di Johor, yang tular baru-baru ini.

KPM siasat video tular ibu dakwa terima wang BAP tak cukup
Seorang wanita mempersoalkan tindakan seorang guru didakwa dengan sengaja mengurangkan jumlah asal wang BAP kepada RM100.

Peperiksaan SPM 2022 bermula 30 Jan, libatkan 403,637 calon
KPM dalam kenyataan hari ini berkata seramai 403,637 calon akan menduduki peperiksaan bertulis yang diadakan antara 20 Feb hingga 15 Mac.