KOTA BHARU: Kerajaan negeri menerusi Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menjangkakan lebih 50 peratus usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di negeri ini dapat menembusi pasaran antarabangsa dalam tempoh terdekat.
Ketua Pengawai Eksekutif PKINK Ab Aziz Yunus berkata pelbagai usaha telah dilakukan pihaknya dalam memperkasakan pembuatan, pengeluaran dan pemasaran produk halal yang turut dibantu oleh agensi-agensi berkaitan.
"Usahawan memainkan peranan penting dalam membangunkan sektor dan industri yang diceburui, jadi mereka ini juga perlu disokong dalam pemulihan perusahaan mikro kecil dan sederhana (PKMS) yang menjadi tulang belakang ekonomi negara.
"Oleh itu, penjagaan kualiti produk dari segi pembungkusan, penjenamaan dan pemasaran ke peringkat yang lebih tinggi dapat dilakukan oleh agensi-agensi seperti Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA)," katanya kepada pemberita pada Majlis Pembukaan KALA Sentral di Dataran Muhammadi, di sini, hari ini.
Ab Aziz berkata dengan terbinanya KALA Sentral, di sini, ia dapat menjadi landasan terbaik kepada usahawan di Kelantan untuk mempromosikan produk-produk IKS mereka seperti produk kraftangan, batik, seni lukisan, cenderamata, makanan dan minuman sekaligus dapat membantu menjana pendapatan.
Beliau berkata, pihaknya menyasarkan lebih 1,000 usahawan tempatan menampilkan hasil produk mereka di KALA Sentral, yang mana setakat ini seramai 200 usahawan telah memulakan perniagaannya di sini.
"Jika sebelum ini usahawan tempatan mengeluarkan produk menggunakan teknik manual, setelah didapati produk tersebut laris dan berpotensi, pihak kami membantu dari segi peralatan dan kewangan melalui agensi serta perbankan berkaitan.
"Apabila berada di KALA Sentral usahawan terutama berstatus mikro akan mendapat manfaat yang mana mereka tidak akan dikenakan caj terhadap produknya untuk pemasaran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 06 2021
Dengan terbinanya KALA Sentral, ia dapat menjadi landasan terbaik kepada usahawan di Kelantan untuk mempromosikan produk-produk IKS mereka sekali gus dapat menjana pendapaatan. - Twitter @kalasentral
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Angkasa harap kerajaan iktiraf koperasi terima insentif seperti IKS
Angkasa berharap kerajaan akan mengumumkan keputusan berhubung permintaan untuk mengiktiraf sektor koperasi dari segi insentif seperti IKS.
Penubuhan bank komersial Sarawak dijangka direalisasikan akhir tahun ini
Penubuhan bank komersial tersebut akan menjadi pemangkin untuk membantu usahawan kecil dan sederhana mendapatkan pinjaman bagi mengembangkan perniagaan mereka.
Transaksi digital akan diperluas dalam kalangan peniaga kecil dan sederhana
Langkah itu selaras dengan usaha kerajaan menuju peralihan kepada pembayaran tanpa tunai dalam masyarakat.
PKS dinasihat ambil tindakan perlu kekalkan perniagaan dalam persekitaran kenaikan kadar faedah
SME Bank menyeru perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melakukan apa yang perlu untuk memastikan operasi dan perniagaan mereka terus berkembang di tengah-tengah kenaikan kadar faedah.
Gaji minimum perlu diperhalusi lagi - Willie
Willie juga berharap skim gaji minimum akan dilaksana dengan formula situasi menang-menang dan tidak terlalu menekan usahawan.
PRN Johor: Bantu usahawan IKS, perniagaan keropok lekor ada potensi berkembang
Kedudukan georgrafi Mersing yang berhampiran dengan laut menjadikan kawasan itu mewah ditaburi dengan hasil laut.
Kerajaan lulus peruntukan tambahan RM200 juta bantu usahawan terjejas COVID-19, banjir
Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM200 juta untuk usahawan mikro, industri kecil dan sederhana (IKS) serta informal yang terjejas akibat COVID-19 dan banjir.
Sabah buka empat lagi pusat produk IKS tahun ini - Ketua Menteri
Kemudahan tersebut akan dibuka masing-masing di Tawau, Keningau, Kota Marudu dan Tuaran.
Matrade sedia bantu syarikat terjejas banjir
Matrade sedia hulur bantuan kepada syarikat peringkat pertengahan (MTC) termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat banjir.
PKINK jangka lebih 50 peratus usahawan IKS Kelantan tembusi pasaran antarabangsa
Pelbagai usaha dilakukan dalam memperkasakan pembuatan, pengeluaran dan pemasaran produk halal yang turut dibantu agensi berkaitan.