Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) supaya menolak usul pembayaran fi dan imbuhan pengarah yang diluluskan pada mesyuarat agung (AGM) Perak Corp Berhad (PCB), semalam.
"Sebagai Pengerusi PKNP, yang memiliki saham majoriti dalam kumpulan PCB, saya mengarahkan PKNP menolak semua usul itu atas kepentingan negeri Perak dan rakyatnya."
Pada AGM itu, PCB meluluskan pembayaran Fi Pengarah berjumlah RM441,650 dan imbuhan Pengarah berjumlah RM150,000 untuk tahun kewangan berakhir Disember 2817.
"Kumpulan PCB mencatat kerugian berjumlah RM340.6 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2017 dan sehingga tarikh tersebut, liabiliti kumpulan itu berjumlah RM158.5 juta, melebihi asetnya," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Berdasarkan prestasi yang mendukacitakan itu, tidak wajar para pengarah PCB dibayar imbuhan yang besar, kata Ahmad Faizal.
Pada AGM itu, dua pengarah PCB, Datuk Dr S. Vasan dan Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordi, menolak pelantikan semula ke jawatan itu manakala seorang lagi pengarah, Ab Rahman Mohammed meletak jawatan.
PCB, anak syarikat utama PKNP, terlibat dalam tiga aktiviti teras iaitu pembangunan hartanah, pelabuhan dan logistik, selain terlibat dalam sektor hospitaliti dan pelancongan.
Sebagai sebuah syarikat pegangan pelaburan, PCB mempunyai 21 anak syarikat di bawah naungannya, yang masing-masing memain peranan dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri Perak.
Isnin lepas, Ahmad Faizal turut mengarahkan PKNP menolak semua usul yang dicadangkan pada AGM Maju Perak Holdings Berhad (MHB).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 28 2018
Ahmad Faizal berkata, berdasarkan prestasi yang mendukacitakan, tidak wajar para pengarah PCB dibayar imbuhan yang besar. - Gambar fail
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Bursa Malaysia catat sejarah laksana AGM secara maya sepenuhnya
Bursa Malaysia Bhd mencatat sejarah dalam dunia korporat Malaysia apabila menjadi syarikat pertama di negara ini yang mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) secara maya sepenuhnya.
Isu pengagihan royalti jadi topik utama perbincangan AGM Karyawan ke-19
Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, isu ini perlu diselesaikan segera memandangkan ramai artis tertanya-tanya mengenai royalti yang sepatutnya mereka dapat.
Perpecahan DAP Kedah berpunca daripada anggota dalaman - Guan Eng
Lim Guan Eng berkata perpecahan parti itu di Kedah berlaku disebabkan ada anggotanya yang cuba mengelirukan anggota lain serta melakukan tindakan yang menggugat keutuhan parti.