SHAH ALAM: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bakal melancarkan kempen program jualan hartanah terbarunya 'PKNS PLUS' selama dua hari bermula 27 hingga 28 Mac, 2021, bagi menarik pembeli.
PKNS dalam satu kenyataan hari ini berkata kempen bertemakan 'Tambah Ganjaran, Tambah Senyuman' itu akan dijalankan di tiga galeri jualan terpilihnya iaitu di Kota Puteri, Kompleks PKNS Shah Alam dan rumah contoh Residensi Aurora, Selangor Cyber Valley.
Pelbagai promosi dan pakej istimewa akan ditawarkan bagi projek terpilih yang berkualiti tinggi seperti rumah teres dua tingkat di Kota Puteri, Residensi Aurora, Selangor Cyber Valley dan rumah banglo eksklusif Hijauan Enklaf, Alam Nusantara.
"Kesemua bakal pembeli hartanah PKNS akan menikmati diskaun sehingga 20 peratus dengan lambakan pakej menarik antaranya yuran guaman Perjanjian Jual Beli (SPA) percuma dan duti setem Memorandum of Transfer (MOT) serta pakej hiasan dalaman, di samping jangkaan pulangan pelaburan yang tinggi.
"Serendah harga RM350,000, hampir kesemua kediaman PKNS ini telah siap untuk diduduki dan merupakan pilihan yang terbaik untuk semua pelanggan kami terutamanya bagi mereka yang baru sahaja berkeluarga," katanya.
Bagi maklumat lanjut boleh menghubungi talian PKNS X Line 03-5022 0188 (Kota Puteri), 03 - 5022 0189 (Alam Nusantara) dan 03-5022 0187 (Selangor Cyber Valley) atau layari www.pkns-property.com serta Facebook PKNS Property.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 23 2021
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bakal melancarkan kempen program jualan hartanah terbarunya 'PKNS PLUS' selama dua hari. - Bernama
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
PKNS bina Kuarters Pekerja Berpusat, boleh disewa lebih 5,000 pekerja
Projek pembangunan Laman Lestari itu dianggarkan menelan belanja sebanyak RM120 juta, dengan jumlah maksimum 17 penghuni bagi setiap unit.
Worldwide Holdings raih dua anugerah terkemuka HR Asia
Anugerah berkenaan sebagai mengiktiraf syarikat mempunyai amalan HR (sumber manusia) terbaik dan menunjukkan tahap penglibatan pekerja yang tinggi dan budaya tempat kerja cemerlang.
PKNS bakal lancar kempen program jualan hartanah terbaharu 'PKNS PLUS'
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bakal melancarkan kempen program jualan hartanah terbarunya 'PKNS PLUS' selama dua hari bermula 27 hingga 28 Mac, 2021, bagi menarik pembeli.
PKNS sasar 100 unit hartanah mampu terjual menerusi program 'PKNS X HOMES'
Program berkenaan turut memperkenalkan inisiatif baharu 'PKNS X LINE' dan 'PKNS X SQUAD' bagi memudahkan orang awam mendapat khidmat nasihat mengenai proses jual beli produk hartanah perbadanan.
Warga Malaysia maut dalam kemalangan bas di Turki
Seorang rakyat maut apabila sebuah bas yang membawa kira-kira 35 pelancong Malaysia di Turki, terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Kerajaan Selangor bantah kenaikan tol
Kerajaan negeri Selangor menyifatkan tindakan kerajaan Persekutuan membenarkan kenaikan kadar harga tol di 18 lebuh raya sebagai tidak bertanggungjawab.
Hampir 20,000 pembeli hartanah PKNS belum tukar nama
Sebanyak 19,660 pembeli hartanah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) masih belum memindah milik hartanah mereka ke atas nama masing-masing.
Koleksi hartanah PKNS 2014 dapat sambutan hangat
Koleksi Hartanah PKNS 2014 yang sedang berlangsung di SACC Mall, Shah Alam berjaya mencatat jumlah jualan lebih RM8.6 juta.
Penamatan khidmat kakitangan PHSB untuk elak pertindihan tugas - PKNS
PKNS berkata mereka mempunyai kakitangan tetap yang turut mempunyai kepakaran dalam bidang yang sama.
Gugur Azmin: PKNS nafi kenyataan MB Selangor
PKNS dalam satu kenyataan memaklumkan kuasa lantikan terletak pada Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri dan bukannya perbadanan itu.