PUTRAJAYA:Seramai 1,200 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara digerakkan mulai hari ini sehingga 26 Jan bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).
JPJ berkata kolaborasi mapan antara kedua-dua agensi penguat kuasa ini penting dalam merealisasikan aspek penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) dengan lebih serius.
"Gerak kerja seumpama ini akan memberi keutamaan khusus kepada beberapa kawasan dan lokaliti tertentu di seluruh negara yang menjadi tumpuan utama pengguna jalan raya.
"Ia akan dilaksanakan melalui tiga strategi utama iaitu rondaan jalan utama negeri dan lebuh raya; sekatan jalan raya yang mengkhususkan kenderaan awam; dan pemeriksaan serta pemantauan di terminal bas utama (TBS)," kata JPJ dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, langkah bersepadu ini wajar dilakukan bagi tujuan mengekang penularan wabak COVID-19 yang dilihat semakin meningkat akibat ketidakpatuhan SOP oleh masyarakat tempatan.
Justeru, JPJ berharap seluruh rakyat Malaysia akan turut memberi kerjasama sepenuhnya dalam tempoh penguatkuasaan PKP, PKPB dan PKPP agar penularan ini ditangani secara berkesan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 16 2021

JPJ berharap seluruh rakyat Malaysia akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam tempoh penguatkuasaan PKP, PKPB dan PKPP agar penularan COVID-19 ditangani secara berkesan. - Gambar hiasan

Tangki air pecah: 2 pelajar Tingkatan Dua masih dapatkan rawatan
Dua daripada lima pelajar perempuan tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor masih menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Projek Ternakan Ayam | Felcra Berhad bakal bekal 3.5 juta ayam setahun
Felcra Berhad bakal menjadi pembekal 3.5 juta ayam pedaging setahun apabila siap projek ternakan ayam sistem tertutup di Rompin, Pahang.

Siasatan LCS | PAC pertahan tindakan dedah maklumat LCS
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh mempertahankan tindakan jawatankuasa itu mendedahkan laporan isu perolehan kapal tempur pesisir (LCS) kepada umum.

Haiwan Dilindungi | Warga asing dipenjara simpan kepala rusa, bulu landak
Seorang lelaki warga asing dijatuhi hukuman enam bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen Sandakan, pada Selasa, selepas didapati bersalah memilik kepala rusa, tanduk kijang dan bulu landak. Tertuduh Jesus A Apolina-Rion, 49 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Darma-Fikri Abu Adam.

Tangki Air Runtuh | Lima pelajar cedera dikejar ke hospital
Lima pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Melor, Kota Bharu dikejarkan ke hospital serta klinik kesihatan selepas tangki air sekolah berkenaan runtuh. Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 10.05 pagi.

Pereka fesyen Issey Miyake meninggal dunia akibat kanser
Mendiang Issey Miyake meninggal dunia akibat kanser hati pada 5 Ogos lalu pada usia 84 tahun.

Cerita Sebalik Berita: 'Suara Anak Bumi'
Dokumentari 'Suara Anak Bumi' sempena Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia yang disambut pada 9 Ogos setiap tahun.

Pemimpin bercakaran sesama sendiri merugikan - Penganalisis
Serangan berbaur politik juga semakin menjadi-jadi tanpa mengira parti sama ada pembangkang atau kerajaan.

Tiada rekod ekspatriat gagal bayar cukai
Pembayaran cukai merupakan satu daripada syarat bagi membolehkan pas ekspatriat diperbaharui bagi tempoh seterusnya.

Dewan Negara lulus Akta Antilompat Parti, lebih dua pertiga sokong
Jumlah Ahli Dewan Negara yang menyokong ialah seramai 52 orang, sementara tujuh orang lagi tidak hadir.

JPJ rancang tindakan bersepadu tingkat intensiti penguatkuasaan pemeriksaan kenderaan perdagangan
Ia bagi mengurangkan peningkatan risiko kemalangan terutama melibatkan kenderaan perdagangan.

Op Lejang: JPJ Perak keluar 706 saman, sita 17 motosikal
Operasi bertujuan membanteras kegiatan lumba haram dan menunggang secara merbahaya yang menjadi punca kemalangan dan kematian

Nombor pendaftaran DEL 7 dijual hampir RM100,000
Sementara itu, nombor pendaftaran DEL 6 dijual dengan harga RM66,000 dan DEL 9 (RM64,559).

'Mat rempit' bakal berdepan dengan hukuman lebih berat - JPJ
JPJ juga mengalu-alukan maklumat daripada orang ramai yang tahu kawasan-kawasan yang sering menjadi tumpuan kumpulan tersebut untuk melakukan aktiviti lumba haram.

Tarik lesen pemilik bengkel buat ubah suai haram - Pakar
Beliau mengakui kegiatan pengubahsuaian berlebihan itu sukar dikesan penguat kuasa berikutan lokasi premis kebiasaannya adalah di kawasan tersorok.

Ops Rentas Sempadan: 968 kenderaan dikenakan tindakan - JPJ
Sebanyak 968 daripada 1,070 kenderaan yang diperiksa dalam Operasi Khas Rentas Sempadan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor, dikenakan tindakan.

23 kenderaan dipandu warga asing disita JPJ
JPJ juga mengenal pasti kebanyakan kenderaan yang dibawa oleh warga asing adalah milik warganegara Malaysia sendiri.

Tawaran pengurangan saman PDRM, JPJ melalui WhatsApp adalah palsu - SUPM
Siasatan sedang dijalankan bagi mengesan individu yang bertanggungjawab dalam menyebarkan berita dan iklan palsu berkenaan.

Op Hari Raya Aidiladha: JPJ keluar lebih 2,000 saman di tiga negeri
Antara kesalahan yang dikenal pasti termasuk Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, tiada lesen memandu, dan cermin gelap.

655 saman dikeluarkan JPJ Kedah sepanjang Op Aidiladha
Daripada jumlah itu, sebanyak 189 notis saman turut dikeluarkan ke atas pemandu warga asing.