awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: 10 kaunter PPZ-MAIWP dibuka seperti biasa

Bernama
Bernama
14/01/2021
13:33 MYT
PKP: 10 kaunter PPZ-MAIWP dibuka seperti biasa
PPZ-MAIWP memaklumkan 10 kaunternya beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 26 Jan depan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) memaklumkan 10 kaunternya beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 26 Jan depan.
Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP Ahmad Shukri Yusoff berkata waktu operasi kaunter bermula jam 8.15 pagi hingga 4.45 petang setiap Isnin hingga Khamis manakala pada Jumaat, jam 8.15 pagi hingga 12.30 tengah hari dan 2.30 petang hingga 4.45 petang.
Sementara pada hari Sabtu (minggu kedua, empat dan lima), kaunter dibuka bermula jam 8.15 pagi hingga 12.45 tengah hari.
"Urusan bayaran zakat adalah seperti biasa (akad dan doa) tanpa berjabat tangan bagi mengelakkan sebarang sentuhan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kaunter tersebut ialah di Shamelin, Cheras; Plaza Rah Kampung Baru; Masjid Negara; Kuala Lumpur Suburban Center, Wangsa Maju; Taman Tun Doktor Ismail; Kepong; UTC Pudu Sentral di Kuala Lumpur serta Presint 9 dan Presint Diplomatik di Putrajaya selain di Labuan.
Orang ramai disaran memilih saluran bayaran secara dalam talian melalui portal PPZ-MAIWP iaitu di www.zakat.com.my, Kaunter Zakat Digital, perbankan internet dan juga e-Wallet.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PPZ-MAIWP
#Pusat Pungutan Zakat
#Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
#kaunter
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan