KUALA LUMPUR:Ibarat jatuh ditimpa tangga.
Itu realiti yang dialami rata-rata peniaga di negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua apabila hasil jualan terus merosot sehingga 70 peratus.
Lebih malang, ada juga peniaga yang terpaksa gulung tikar gara-gara tidak mampu meneruskan perniagaan mereka.
Astro AWANI membuat tinjauan di sekitar Lembah Kelang dan mendapati suasana di beberapa restoran lengang.
Namun situasi itu berubah sekitar jam 6.00 petang sehingga 7.30 malam, apabila orang ramai mula berpusu pusu membeli makanan dan minuman mereka dalam tempoh waktu yang terhad.
Nada yang sama diluahkan Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali Taib Khan. Baginya tempoh perniagaan dari jam 6.00 pagi sehingga 8.00 malam itu perlu dilanjutkan sehingga 10.00 malam.
"Rata-rata penghantar makanan datang selepas Maghrib, mereka beratur macam pasar malam untuk ambil pesanan makanan. Tetapi kami tutup jam 7.50 malam, memang tempoh itu sangat kritikal dan kami sebagai peniaga tidak menang tangan.
"Kalau kami sediakan makanan pelanggan selepas jam 8.00 malam sudah tentu akan dikenakan kompaun, kadang kala Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kenakan tindakan tanpa tolak ansur sekalipun. Kami patuh kepada undang-undang dan SOP, tetapi waktu ditetapkan itu perlu diperhalusi lagi oleh kerajaan," katanya.
Jika dilanjutkan tempoh operasi tersebut, tambah Jawahar lagi, dijangka dapat memberi waktu secukupnya kepada rakyat untuk membeli makanan dan minuman di restoran. Sekaligus, memberi ruang kepada peniaga juga menambah hasil jualan terutamanya ketika waktu puncak.
Cabaran peniaga ketika ini, jelas Jawahar lagi bukan hanya melibatkan hasil jualan tetapi pinjaman bank juga memberi tekanan kepada mereka. Justeru, lanjutan moratorium dapat memberi nafas lega buat peniaga.
"Kalau boleh kerajaan dapat perhalusi moratorium, kalau boleh bank pertimbang sambung tiga hingga enam bulan untuk membantu peniaga.
"Ada setengah pinjaman memang tertunggak disebabkan hasil jualan merosot, tetapi ada juga pihak bank dah beritahu kami akan naikkan faedah daripada 3.6 peratus kepada 6 peratus sehinggalah tunggakan itu selesai.
"Ini benar-benar membebankan peniaga ketika situasi PKP," katanya lagi.
Untuk rekod, lebih 600 peniaga di bawah PRESMA telah gulung tikar sejak PKP Mac 2020 diperkenalkan.
Peniaga Kambing Bakar di Kampong Bharu, Shahrul Anwar, 35, turut mahukan pendekatan sama diambil kerajaan ketika ini. Ujarnya, rata-rata peniaga hanya bergantung kepada perkhidmatan penghantaran makanan sahaja.
"Sekarang kita (peniaga) bertahan, PKP pertama (Mac 2020) kita dah tutup dua bulan. Sekarang kita harap delivery sahaja lah, tapi saya minta kerajaan lanjutkan sampai jam 10.00 malam.
"Ini (tempoh diberikan) macam orang nak bukak puasa, kelam kabut, sekarang (7.00 malam) baru orang nak beli makanan, harap dapat dipertimbangkan," ujarnya.
Fareez Azman
Sun Jan 17 2021

Lebih 600 peniaga di bawah PRESMA telah gulung tikar sejak PKP Mac 2020 diperkenalkan. - Astro AWANI

Liverpool kalah kepada Chelsea, Salah merajuk atau tidak cergas?
Salah memberi reaksi tidak senang ketika menuju ke bangku simpanan di Anfield, sejurus itu ejennya mengundang spekulasi.

PM tiba di Perlis, lakukan lawatan kerja sehari
Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Perlis untuk lawatan kerja bagi meninjau lokasi PPV COVID-19 selain bertemu dengan kepimpinan PN.

Wujud peluang untuk mengubah ekonomi ketika krisis - PM
Untuk menamatkan ketidaksamarataan jangka panjang, perhatian perlu diberikan kepada isu asasnya iaitu peluang yang tidak sama rata

PN lebih retak jika Kabinet UMNO digugurkan - Dr Mazlan
Sebarang pengguguran Kabinet dari UMNO jika ada, akan menyebabkan keretakan lebih besar kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini
Pada pukul 9.03 pagi, mata wang tempatan menyusut kepada 4.0680/0730 berbanding dolar AS daripada 4.0550/0600 semasa ditutup pada petang urus niaga Khamis.

UMNO tak bekerjasama dengan Bersatu pada PRU15. Apa maksud disebalik keputusan ini?
Susulan pengesahan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bahawa parti itu tidak akan mengadakan sebarang kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15. Ia sekaligus membawa satu perubahan baru dalam jajaran kerajaan itu sendiri pada pru akan datang. Kami mendapatkan pakar untuk menjelaskan situasi politik semasa ini. Kita terus ke talian Skype bersama penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Mazlan Ali.

Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini
Pada pukul 9.05 pagi, indeks penanda aras FBM KLCI meningkat 0.04 mata kepada 1,581.3 daripada 1,581.26 semasa ditutup pada petang Khamis.

Gangguan bekalan air: Lebih 40,000 akaun pengguna di Terengganu terjejas
Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 5 pagi esok dan penghantaran air melalui lori tangki akan dibuat ke kawasan kritikal.

Amaran Tsunami | Penduduk cemas alami gegaran kuat
Penduduk di kawasan terjejas cemas berdepan pengalaman tiga siri gegaran kuat dan mencetuskan amaran Tsunami itu. Antara kawasan yang merasai gegaran susulan berkekuatan 8.1 termasuk bandar Gisborne, Barat Daya New Zealand. Sebelum ini pada 2011, gempa bumi 6.3 di Christcurch membunuh 185 orang dan meranapkan sebahagian besar bandar berkenaan.

Gempa Bumi | Rakyat NZ diarah berpindah selepas gegaran 8.0 magnitud
Visual itu ialah amaran Tsunami yang dikeluarkan pihak berkuasa New Zealand susulan 3 siri gempa bumi kuat melebihi 8 magnitud. Serentak itu, perintah berpindah dikeluarkan ke atas rakyat New Zealand terutamanya penduduk kawasan utara negara itu. Ia susulan amaran ketiga gempa bumi yang menggegarkan kawasan berkenaan. Terbaharu gempa berukuran 8.1 magnitud yang menggegarkan Kepulauan Kermadec.

Kesemua 82 ADUN di Sarawak akan terima suntikan vaksin Phizer BioNTech
Kesemua ADUN akan menerima suntikan vaksin secara berperingkat bergantung kepada pelaksaan program tersebut di bahagian masing-masing.

Terapkan budaya keselamatan dan kesihatan di tempat kerja - Lam Thye
Rakyat Malaysia diingatkan agar sentiasa menerapkan budaya keselamatan dan kesihatan di tempat kerja termasuk di tapak pembinaan.

Laporan kebakaran kabel TNB bawah jambatan Pulau Pinang siap
Laporan lengkap kebakaran kabel elektrik di bawah Jambatan Pulau Pinang di Km 3.2 yang terbakar minggu lepas telah siap sepenuhnya dan dihantar kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini.

80,336 terima suntikan pertama vaksin COVID-19, Sarawak tertinggi - Khairy
Sarawak kekal merekodkan jumlah paling tinggi menerima suntikan dos pertama melibatkan seramai 13,691 penerima.

Annuar Musa dakwa surat Zahid kepada Muhyiddin pramatang
Annuar berkata tiada keperluan untuk Zahid secara "diam-diam berutus surat pemberitahuan untuk tidak berkerjasama" dengan Bersatu.

Takut, berdebar terima mesej daripada Tan Sri Dr Noor Hisham - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata lebih menakutkan apabila kes harian dan kematian direkodkan pada angka tinggi pada hari tertentu.

Jika tidak bersidang, Ahli Parlimen hanya luah masalah di media sosial - Noor Hariri
Ketua Pemuda UMNO Kelantan itu berkata, kerajaan tidak perlu takut untuk mengadakan sidang Parlimen pada waktu terdekat.

Kajian IDE: Majoriti responden pilih letak jawatan, bubar Parlimen
Berdasarkan kajian yang dibuat 31 peratus orang Melayu mahu parlimen dibubarkan, manakala 21 peratus kaum Cina membuat keputusan yang sama dan 32 peratus kaum India juga memberikan jawapan yang sama.

Cetak rompak: Hukuman kepada pesalah harus setimpal kerugian karya - Seniman
Hukuman pada ketika ini adakalanya terlalu rendah dan tidak berbaloi dengan kerugian ditanggung pengkarya dan krew produksi

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.