SIBU:Orang ramai boleh pergi ke mana-mana balai polis yang berhampiran untuk mendapatkan permit perjalanan rentas daerah, kata Ketua Polis Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit.
"Ia tidak bermakna memandangkan Sibu adalah zon merah, orang ramai hanya boleh mendapatkan permit itu di Balai Polis Pusat Sibu. Tidak, mereka boleh dapatkannya dari mana-mana balai polis berhampiran," katanya menjelaskan kekeliruan orang ramai berhubung perkara itu.
Stanley berkata ia adalah untuk mengelakkan sebarang kesesakan yang tidak diingini di balai Polis Pusat Sibu yang akan menghalang orang ramai menjaga penjarakan fizikal.
"Kami masih memberi kelonggaran kepada rakyat hari ini dalam keperluan untuk mendapatkan permit perjalanan.
"Kami akan menguatkuasakan sepenuhnya esok, tetapi bagi mereka dalam perkhidmatan penting seperti pemandu lori dan sebagainya, mereka tidak perlu memohon permit," katanya.
Stanley mengesahkan tiada seorang pun anggotanya diuji positif COVID-19 setakat ini tetapi secara individu sebahagian daripada mereka terpaksa menjalani ujian calitan sebagai langkah berjaga-jaga.
Berhubung perkara lain, beliau berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) terutama mereka yang melanggar kuarantin di rumah dan pengusaha kedai makan.
"Mereka yang melanggar perintah kuarantin di rumah dan pengusaha makanan yang beroperasi melebihi waktu yang ditetapkan, tidak dikenakan kompaun kali ini tetapi kami akan dakwa mereka dengan segera di mahkamah," katanya.
"Kami kini mempunyai dua hotel yang menawarkan bilik untuk kuarantin berbanding satu hotel sebelum ini. Tiada lagi kuarantin di rumah," katanya.
Menurut Stanley, polis Sibu mengadakan sekatan jalan raya di tiga lokasi iaitu di persimpangan Rumah Langi Ambau di Pasai Siong, KM19 Jalan Sibu-Bintulu dan di Bulatan Paradom.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 13 2021
Stanley (gambar) berkata ia adalah untuk mengelakkan sebarang kesesakan yang tidak diingini di balai Polis Pusat Sibu yang akan menghalang orang ramai menjaga penjarakan fizikal. - Gambar fail
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Mpox: 'PKP tidak akan berulang' - Dr Dzulkefly
Kerajaan tidak akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini berhubung kes virus cacar monyet atau mpox.
4,994 kes buli direkodkan dari Januari hingga Oktober 2023
Hui Ying memaklumkan kerajaan bercadang untuk menambah jumlah guru kaunseling sekiranya kes buli terus meningkat.
Amir Masdi akhirnya lancar album selepas 7 tahun jadi artis
Bakat besar dimiliki penyanyi ini menarik pujian ramai. Selain memiliki karakter vokal tersendiri, Amir Masdi juga punya pesona tersendiri setiap kali muncul membuat persembahan.
Rumah 'diconteng' bekas kartunis jadi galeri
Seorang bekas kartunis mengisi masa terluang sepanjang tempoh PKP tiga tahun lepas dengan 'menconteng' dinding rumah rakannya di Kampung Melayu.
Projek rumah sakit, lewat siap, terbengkalai dijangka meningkat
Jumlah projek perumahan swasta berstatus lewat, sakit dan terbengkalai dijangka meningkat susulan kesan PKP akibat penularan COVID-19 yang masih menjejaskan syarikat pemaju.
Lahirkan insan holistik, seimbang perlu proses pembelajaran berterusan - Othman
Insan holistik dan seimbang tidak boleh dicapai melalui satu sesi pembelajaran atau dalam tempoh satu semester sahaja.
MB cadang tambah gerabak, kekerapan tren shuttle Tebrau ke Woodlands
Cadangan itu difahamkan telah diutarakan kepada pihak KTMB dalam lawatan beliau ke stesen Johor Bahru Sentral pagi tadi.
Asad Motawh tak suka menunjuk-nunjuk rumah sendiri
Masih muda, namun penyanyi dan pempengaruh Asad Motawh sudah memiliki aset sendiri iaitu rumah ketika usianya 19 tahun.
"Maggi tu saya patah dua, satu 'breakfast', satu lagi simpan 'dinner'" - Amir Ahnaf
Amir bergelut sebagai anak seni terutama ketika pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jaja Ishak tiada masalah terus bekerjasama dengan Hafidz Roshdi
Penerbit drama Jaja Ishak tidak punyai sebarang masalah untuk terus bekerjasama dengan pelakon yang terkait dengan kontroversi rumah tangga sebelum ini seperti Hafidz Roshdi.