awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dokumen palsu: Bekas pengarah, penggiat seni dipenjara 6 bulan, denda RM10,000
'Alhamdulillah… Medina stabil selepas pemindahan hati'
Emirates perkenal Sleigh380 — Pesawat 'hidung merah' bawa semangat Krismas ke seluruh dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP 2.0: Sambutan Tahun Baharu Cina di Tokong Mek sunyi

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
12/02/2021
00:00 MYT
PKP 2.0: Sambutan Tahun Baharu Cina di Tokong Mek sunyi
Suasana sambutan tahun baharu di Tokong Mek hambar apabila tiada persiapan meriah seperti tahun sebelumnya. - Astro AWANI
GUA MUSANG:Bahang sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun ini kurang dirasai berbanding tahun sebelumnya akibat pandemik COVID-19.
Tokong Swee Nyet Keung, atau Tokong Mek, yang berusia lebih 600 tahun dan terletak di Kampung Pulai, Gua Musang, Kelantan, tidak lagi menjadi tumpuan puluhan ribu penganut Buddha dari seluruh negara, seperti Tahun Baharu Cina sebelum ini.
Ini disebabkan, tokong tertua di negara ini ditutup, bagi sebarang aktiviti keagamaan, sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
Tinjauan Astro AWANI mendapati suasana sambutan tahun baharu di Tokong Mek hambar apabila tiada persiapan meriah seperti tahun sebelumnya.
Ahli jawatankuasa Tokong Mek, Toh Hing Chuan memaklumkan tokong tersebut tidak dibuka ketika ini dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19.
“Tokong ini tidak meriah seperti tahun sebelum ini ketika sambutan Tahun Baharu Cina. Ini kerana negara kita dilanda wabak COVID-19,” jelasnya.
Namun tokong tersebut akan dibuka semula dengan kehadiran terhad selepas hari kelima Tahun Baharu Cina.
“Saya tidak mahu buka tokong ini kerana nanti susah untuk mematuhi SOP yang ditetapkan. Namun selepas hari kelima, kami akan buka tokong ini sikit-sikit,” kata pengerusi Tokong Mek, Lew Kew.
Menurut seorang suri rumah, Sim Poh Mey, orang ramai akan berkunjung di sini untuk sembahyang terutamanya apabila mempunyai masalah.
“Tokong ini antara tokong tertua di Malaysia. Orang ramai dari luar negeri ini terutamanya dari Kuala Lumpur dan Johor akan berkunjung di sini untuk sembahyang bagi mendapat penyelesaian kepada masalah mereka,” katanya kepada Astro AWANI.
Dianggarkan 1,000 penduduk kaum Cina di mukim Kampung Pulai, meraikan sambutan secara sederhana bersama ahli keluarga terdekat tahun ini.
Topic Berkaitan
#Tahun Baharu Cina
#Tokong Mek
#Tokong Swee Nyet Keung
#sunyi
#Kampung Pulai
#COVID-19
#PKP
#SOP
#Buddha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan