awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP 2.0: Pemilik kenderaan perdagangan tidak perlu surat kelulusan MOT

Fareez Azman
Fareez Azman
13/01/2021
05:51 MYT
PKP 2.0: Pemilik kenderaan perdagangan tidak perlu surat kelulusan MOT
Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) memaklumkan kenderaan perdagangan hanya perlu surat kebenaran majikan sahaja. - Gambar fail
PUTRAJAYA :Pemilik kenderaan perdagangan tidak disyaratkan untuk mendapatkan surat kelulusan daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam buah negeri bermula hari ini.
Menurut kenyataan media dikeluarkan MOT pada Rabu, sebaliknya pemilik kenderaan perdagangan hanya perlu mendapatkan surat pengesahan daripada majikan masing-masing.
"Dalam hal ini, MOT amat peka dan memandang serius segala isu atau permasalahan melibatkan orang ramai terutama bagi memastikan kelangsungan aktiviti perdagangan dan sektor logistik yang berhubungkait dengan pengoperasian pengangkutan, dapat terus beroperasi dengan lancar dan selamat.
"Justeru itu, bagi memastikan kelancaran pergerakan, pemilik kenderaan perdagangan tidak disyaratkan untuk mendapatkan surat kelulusan daripada MOT dan memadai hanya dengan mendapat surat pengesahan daripada majikan masing-masing. Sebagai makluman, tiada sekatan untuk kenderaan perdagangan beroperasi sepanjang tempoh PKP ini," jelas kenyataan itu.
Bagi memastikan kelancaran perjalanan kenderaan perdagangan, laluan khas akan disediakan di setiap Sekatan Jalan Raya (SJR).
"Bagi syarikat-syarikat sektor logistik yang lain (contohnya seperti freight forwarders, operator gudang) yang berdaftar dengan persatuan masing-masing, surat kebenaran daripada MOT boleh diperolehi dari persatuan masing-masing.
"Surat Kebenaran daripada MOT dan bukti keahlian persatuan perlu disertakan sekiranya diminta oleh pihak berkuasa. Manakala bagi syarikat yang tidak berdaftar dengan mana-mana persatuan, surat kelulusan daripada MOT boleh dipohon menerusi pautan https://application.mot.gov.my/," jelas kenyataan itu lagi.
MOT menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Bagi pengguna pengangkutan awam pula dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi garis panduan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
[SIDANG MEDIA] Perutusan Khas Perdana Menteri | 11 Januari 2021
Topic Berkaitan
#SOP
#perintah kawalan pergerakan
#Majlis Keselamatan Negara
#kerajaan
#keselamatan
#Kementerian Pengangkutan Malaysia
#MOT
#kenderaan perdagangan
#Negeri PKP
#surat kebenaran
#majikan
#kelulusan
#darurat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan