awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur ditahan pukul pemandu e-hailing guna pengunci stereng di Johor Bahru
Lebih 7,000 pelancong Malaysia naik Whoosh sempena Krismas, sumbang 53 peratus jumlah penumpang
Cuti sekolah : AKPS ambil langkah proaktif tangani kesesakan di ICQS Rantau Panjang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP 3.0: Pengusaha restoran Muslim rayu waktu operasi dilanjutkan hingga 10 malam

Astro Awani
Astro Awani
12/06/2021
08:09 MYT
PKP 3.0: Pengusaha restoran Muslim rayu waktu operasi dilanjutkan hingga 10 malam
Presma berharap lanjutan tempoh berkenaan bukan saja membantu peniaga, malah pelanggan yang turut berdepan kesukaran mendapatkan makanan pada waktu operasi 8 pagi hingga 8 malam seperti sekarang. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) merayu agar kerajaan melanjutkan waktu operasi restoran dari 6 pagi hingga 10 malam ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Presiden Presma, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata pihaknya membuat rayuan itu bagi membolehkan sektor itu kembali pulih susulan pandemik COVID-19 yang menyebabkan pendapatan harian merosot 80 peratus.
"Presma berharap lanjutan tempoh berkenaan bukan saja membantu peniaga, malah pelanggan yang turut berdepan kesukaran mendapatkan makanan pada waktu operasi 8 pagi hingga 8 malam seperti sekarang.
"Selain itu, Presma tiada sebarang masalah dengan prmberian secara bungkus kerana ia adalah langkah perlu bagi menghalang jangkitan COVID-19," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Dalam kenyataan itu, Jawahar Ali juga menjelaskan, Presma turut membangkitkan isu bantuan, termasuk moratorium dan subsidi sewa.
“Pada masa ini Presma masih menunggu perkembangan mengenai moratorium automatik, subsidi sewa serta beberapa pengumuman lain yang berkaitan demi manfaat ahli.
“Presma juga akan merujuk isu lanjutan waktu operasi ini kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam waktu terdekat,” katanya lagi.
Pada Jumaat, kerajaan mengumumkan pelanjutan PKP 3.0 selama 14 hari hari bermula 15 hingga 28 Jun setelah mengambil kira jumlah kes harian COVID-19 masih tinggi melebihi 5,000 sehari.
Dalam prosedusi operasi standard (SOP) PKP 3.0, waktu operasi perniagaan termasuk restoran ditetapkan dari pukul 8 pagi hingga 8 malam.
Topic Berkaitan
#Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia
#Presma
#operasi
#SOP
#pendapatan
#merosot
#Moratorium
#PKP 3 0
#total lockdown
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan