KUALA LUMPUR: Kira-kira 70,000 daripada 162,414 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang tinggal di kampus pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat mulai hari ini sempena sambutan Aidilfitri.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad berkata mereka adalah pelajar IPT di universiti awam, institusi pengajian tinggi swasta, politeknik dan kolej komuniti.
Beliau berkata pergerakan mereka berpandukan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat menerusi empat kaedah ditetapkan iaitu menggunakan bas yang diselaras IPT, kenderaan sendiri, dijemput ibu bapa atau menggunakan penerbangan bagi pelajar Sabah.
"Kebenaran pergerakan ini dibuat selepas mendapat kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) baru-baru ini," katanya ketika ditemui semasa melakukan tinjauan pergerakan pulang pelajar di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.
"Jadi saya nasihatkan setiap pelajar agar mematuhi SOP sepanjang berada di kampung halaman bersama keluarga dengan memakai pelitup muka, cecair pembasmi kuman dan menjaga penjarakan fizikal," tambahnya.
Terdahulu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengumumkan lebih 100,000 pelajar IPT yang kini berada di kampus dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bersempena cuti Hari Raya Aidilfitri kecuali bagi Sarawak, dan pergerakan secara berfasa itu ditetapkan dari 7 hingga 12 Mei dari kampus ke kediaman masing-masing manakala tarikh kembali ke kampus bermula 15 hingga 20 Mei.
Sementara itu 7,500 pelajar UKM pulang ke kediaman masing-masing di seluruh negara kecuali Sarawak untuk fasa pertama malam ini dengan menaiki 19 bas manakala 350 pelajar menaiki 13 bas esok (fasa kedua) dan fasa terakhir pada Ahad seramai 32 orang.
Mengenai prosedur pelajar IPT apabila kembali ke kampus, Noraini berkata mereka perlu menjalani ujian saringan terutama mereka yang dari kawasan berisiko tinggi.
"Sekiranya bergejala dan mencatat bacaan suhu badan tinggi, mereka akan diasingkan dan tidak dibenar pulang ke kampus. Bagi mereka yang tidak bergejala, mereka boleh kembali ke kampus dan meneruskan sesi pengajian," katanya.
Sementara itu Universiti Sains Malaysia (USM) dalam satu kenyataan berkata pihaknya membantu menguruskan pengangkutan pulang 2,748 pelajar universiti ke kampung halaman bermula hari ini dan esok dengan menggunakan 10 buah bas ke semua negeri di semenanjung Malaysia.
"Perjalanan penghantaran pelajar USM hari ini membabitkan lapan buah bas ke semua negeri di semenanjung Malaysia kecuali Terengganu manakala bagi Terengganu penghantaran bermula esok (8 Mei) menggunakan dua buah bas," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 07 2021
Kira-kira 70,000 daripada 162,414 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang tinggal di kampus pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat mulai hari ini sempena sambutan Aidilfitri. - Gambar fail/UUMTV
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Belanjawan Sarawak: Bantuan buat pelajar IPT - Abang Johari
Bantuan khusus buat pelajar Sarawak di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta akan diumumkan dalam Belanjawan Sarawak 2024, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
PRN: Majoriti penuntut IPT berpeluang mengundi
Pada tarikh pengundian yang ditetapkan 12 Ogos itu kebanyakan pelajar juga sudah berada di kampung masing-masing.
Menu Rahmah jadi 'buruan', bantu rancakkan perniagaan kedai makan
Inisiatif Menu Rahmah yang diperkenalkan oleh kerajaan, menjadi 'buruan' terutamanya dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi.
Bantuan tiket penerbangan kurangkan beban kewangan dan emosi pelajar
Pembelian tiket penerbangan terutama pada musim perayaan merupakan perbelanjaan yang besar dan boleh menjadi beban emosi kepada pelajar.
PRU15: Pelajar institusi KPM diberi pelepasan pulang mengundi
Pelajar Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi, Kolej Vokasional dan Tingkatan Enam diberi pelepasan pada 17 hingga 21 Nov ini untuk pulang mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pelajar IPT dapat pelepasan lima hari untuk pulang mengundi
Surat telah diedarkan kepada semua IPT awam dan swasta termasuk Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti untuk tindakan lanjut.
Pelajar IPT ditahan miliki bahan pornografi kanak-kanak
Katanya, kejayaan penahanan suspek dibuat hasil kerjasama PDRM dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS).
Pelajar IPT ditumbuk, ditendang kenalan lelaki
Tidak cukup dengan itu, mangsa yang berusia 20 tahun ditinggalkan oleh suspek di tepi jalan selain telefon bimbit serta wang tunai miliknya dirampas.
Pelajar IPT dibenar masuk ke kampus berperingkat mulai 1 Mac
Kerajaan membenarkan kemasukan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ke kampus secara berperingkat mulai 1 Mac ini.
SOP COVID-19: Kelas hibrid belum memadai, penuntut IPT masih perlu kelas fizikal
Ada pelajar berpendapat disebabkan kaedah pembelajaran berkenaan, sesetengah projek pengajian mengambil lebih masa untuk disiapkan.