Aplikasi ‘Gerak Malaysia’ untuk memudahkan urusan permohonan permit pergerakan orang ramai yang terkandas di kampung halaman sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, kini boleh diakses bermula hari ini sehingga Rabu (29 April).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata aplikasi mudah alih dalam talian itu dapat mengelakkan orang ramai daripada terpaksa keluar rumah untuk membuat permohonan di balai polis, sekali gus mengurangkan risiko jangkitan dan penularan wabak COVID-19.
"Melalui aplikasi ini, kod QR (kod respon pantas) unik yang dijana akan diimbas dan diperiksa oleh anggota bertugas di sekatan jalan raya sekali gus memudahkan pergerakan pemohon.
"Perlu diingatkan permohonan permit pergerakan ini bagi mereka yang sebelum ini terkandas di kampung halaman, sebaik sahaja PKP diumumkan pada 18 Mac lalu dan ingin pulang ke kediaman sendiri atau tempat bekerja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Huzir berkata, aplikasi mudah alih Gerak Malaysia ini boleh dimuat turun melalui 'application store' seperti 'Google Play Store', 'Apple App Store' dan 'HUAWEI AppGallery'.
Katanya, semasa pendaftaran kali pertama, pengguna perlu memasukkan butiran peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon peranti yang digunakan serta alamat e-mel.
Pengguna juga perlu memberi kebenaran kepada aplikasi ini untuk mengakses lokasi GPS (Sistem Kedudukan Sejagat), bagi mengesahkan lokasi semasa pemohon seterusnya meluluskan permit pergerakan.
“Permohonan melalui aplikasi ini juga dapat membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengenal pasti jumlah mereka yang bakal terbabit dan menyediakan jadual perjalanan bagi memastikan kelancaran operasi.
Mereka yang sudah memohon hendaklah mengemas kini permohonan pada tarikh dibenarkan berlepas supaya kod QR dapat dijana secara automatik,”katanya.
Huzir berkata, bagi memudahkan pergerakan pemohon, PDRM sudah menetapkan jadual perjalanan iaitu 1 Mei 2020 - Perak, Johor, Kelantan; 2 Mei 2020 - Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang serta 3 Mei 2020 - Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.
Katanya, perjalanan perlu dilakukan pada hari ditetapkan mengikut permit pergerakan yang diluluskan.
Huzir berkata selain permohonan permit pergerakan rentas negeri, terdapat beberapa permohonan permit lain yang disediakan dalam aplikasi itu.
Beliau berkata permohonan itu membabitkan tujuan pembelian barangan keperluan dalam lingkungan 10 kilometer dari rumah, mendapatkan rawatan perubatan, keadaan kecemasan dan aktiviti perlu seperti membaiki kenderaan rosak.
“Bagaimanapun, hanya permohonan permit pergerakan rentas negeri sahaja akan diproses buat masa kini.
“Orang ramai diingatkan agar hanya membuat permohonan bagi tujuan perjalanan yang benar-benar perlu seperti ditetapkan di bawah PKP dan tidak menyalahgunakan kemudahan permit pergerakan melalui aplikasi Gerak Malaysia,”katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 26 2020
Huzir berkata, perjalanan perlu dilakukan pada hari ditetapkan mengikut permit pergerakan yang diluluskan. - Gambar hiasan
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
Aplikasi YouTube Kids untuk televisyen akan tamat pada Julai 2024
Sebagai ganti, Google meminta pengguna menggunakan aplikasi utama YouTube pada televisyen.
Think Quran lain daripada yang lain
Jelas Mawi, tidak banyak aplikasi yang menawarkan perkhidmatan memahami ayat-ayat al-Quran yang dibaca seperti terdapat pada Think Quran.
Pelancong, nomad digital kini boleh berbelanja seperti lokal
Di sebalik kadar positif kemasukan pelancong asing, Malaysia memerlukan lebih banyak perbelanjaan antarabangsa dalam usaha negara menghasilkan pengalaman percutian yang berkualiti.
Satu aplikasi untuk semua perkhidmatan bas di Lembah Klang akhir tahun ini
Aplikasi berkenaan kini dalam peringkat mengumpul data dan diusahakan bersama antara tiga operator bas.
Kolaborasi Astro - Qalbox tawar program Islamik terbaik
Kerjasama strategik ini memberi pelanggan Astro pilihan kandungan berfokuskan Islam yang lebih pelbagai, sekali gus memperkaya landskap hiburan di Malaysia.
Aplikasi kumpul data, kesan kawasan panas gangguan seksual
Sisterhood Alliance memperkenalkan aplikasi Safecity yang dibangunkan di India, sebagai platform untuk mangsa 'bersuara' tanpa gusar.
Aplikasi temu janji Muslim, Muzz, kalah rayuan terhadap Match Group
Muzz telah mengkritik keputusan itu, menyifatkan tindakan undang-undang itu "sangat membimbangkan bagi start-ups lain dalam sektor temu janji".
WhatsApp akan benarkan seramai 1,024 dalam 'group chat'
WhatsApp bakal meningkatkan had jumlah ahli mesej berkumpulan (group chat) kepada seramai 1,024 berbanding had seramai 512 ahli ketika ini.
Perak lancar aplikasi Talent Perak, mudahkan urusan mencari kerja
Kerajaan Perak menerusi Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) melancarkan aplikasi Talent Perak bagi memudahkan urusan mencari pekerjaan terutama golongan anak muda di negeri ini.
Wujudkan platform salur penemuan penyu secara terus
Penggunaan aplikasi dan nombor kecemasan lebih praktikal untuk digunakan orang awam berbanding talian telefon rasmi.