awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bunuh ibu tunggal: Tiga lelaki direman tujuh hari
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP di Sarawak dilanjutkan dengan SOP sama - JPBN

Bernama
Bernama
27/06/2021
15:52 MYT
PKP di Sarawak dilanjutkan dengan SOP sama - JPBN
Keputusan itu dibuat susulan kes COVID-19 yang masih tinggi di Sarawak. - Bernama
KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sarawak akan dilanjutkan dengan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dikekalkan.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan keputusan itu dibuat susulan kes COVID-19 yang masih tinggi di Sarawak.
"Memandangkan kes COVID-19 masih tinggi, maka JPBN telah bermesyuarat dan bersetuju bahawa PKP dilanjutkan dan SOP sedia ada dikekalkan," menurut JPBN dalam kenyataan di sini, pada Ahad.
Hari ini sebanyak 513 kes baharu COVID-19 dikesan dengan tiga kes kematian baharu melibatkan jangkitan wabak itu dilaporkan.
Sementara itu, JPBN juga memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari di lima lokaliti susulan peningkatan kes positif COVID-19 di kawasan terbabit.
PKPD dilaksanakan di Rumah Panjang (Rh) Charlee anak Ujang, Sg Sap, Tatau; Rh Sibat anak Agang, KM5, Jalan Samarakan Ulu Segan, Bintulu dan Kuarters Ling Hock Transport Sdn Bhd, Bintulu bermula semalam hingga 9 Julai.
"PKPD turut dilaksanakan di Rh Jerome, Sungai Kesa, Sarikei dan Rh Jumbun, Simpang Koko, Sarikei bermula esok hingga 14 Julai," menurutnya.
Sementara itu, JPBN memaklumkan pelajar yang ingin kembali menyambung pengajian di luar negara dan memerlukan vaksinasi, mereka boleh mengemukakan permohonan kepada Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Sarawak (CITF Sarawak) melalui e-mel [email protected]
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sarawak
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#PKPD
#kes positif
#COVID-19
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan