awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transaksi pegawai kanan ATM: Saksi berkemungkinan dipanggil esok - Azam Baki
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP dilaksanakan di Bahagian Sibu bermula 16 Januari ini

Astro Awani
Astro Awani
14/01/2021
09:46 MYT
PKP dilaksanakan di Bahagian Sibu bermula 16 Januari ini
Laporan JPBN Sarawak turut menyatakan 180 kes positif COVID-19 dikesan di negeri itu hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak membuat keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bahagian Sibu selama 14 hari bermula 16 Januari 2021.
Menurut kenyataan itu, pelaksanaan PKP bahagian Sibu itu meliputi daerah Sibu, Kanowit dan Selangau berkuat kuasa 12.01 tengah malam 16 Januari.
"Prosedur operasi standard (SOP) berhubung dengan PKP ini akan dimaklumkan kepada orang awam pada esok.
"Manakala Perintah Kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk Bahagian Sarikei masih dikekalkan," katanya kenyataan itu pada Khamis.
Laporan JPBN Sarawak turut menyatakan 180 kes positif COVID-19 dikesan di negeri itu hari ini.
Sementara Sibu mencatatkan kes tertinggi iaitu 150 kes, Miri (9), Bintulu (4), Kuching (4), Dalat (3), Simunjan (2), Sebauh (2), Limbang (1), Samarahan (1), Tebedu (1), Betong (1), Sarikei (1) dan Lubok Antu satu kes.
Antara lain, JPBN Sarawak turut mengumumkan tatacara kemasukan baharu ke Sarawak yang akan berkuat kuasa 16 Januari 2021.
“Semua warganegara dan bukan warganegara dari Semenanjung, Sabah dan Labuan yang ingin masuk ke Sarawak hendaklah membuat ujian saringan rT-PCR 72 jam sebelum masuk ke negeri itu.
“Keputusan ujian mestilah negatif dan dilampirkan bersama permohonan enterSarawak,” tambahnya.
Manakala bagi jadual penerbangan keluar dan masuk ke negeri itu akan diumumkan Kementerian Pengangkutan Sarawak berdasarkan kelulusan oleh JPBN Sarawak.
Topic Berkaitan
#Bahagian Sibu
#Sibu
#JPBN Sarawak
#Sarawak
#PKP
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan