SUSULAN memasuki fasa keempat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini, ketua keluarga yang keluar untuk membeli makanan, ubat-ubatan atau barangan keperluan harian boleh membawa seorang lagi anggota keluarga bersama.
Kebenaran berkenaan adalah berdasarkan kemas kini Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang diwartakan pada Selasa.
Peraturan yang diterbitkan dalam warta berkenaan adalah mengikut kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan berkuat kuasa mulai Rabu hingga hari terakhir fasa keempat PKP iaitu 12 Mei depan.
Warta kerajaan tersebut menyebut, Seksyen 4(1)(a)(ii) peraturan itu menyebut individu yang keluar bersama itu mestilah merupakan anggota keluarga yang tinggal serumah.
Peraturan yang sudah dikemas kini tersebut juga memperluas barangan yang boleh dibeli.
Bagaimanapun, pergerakan untuk membeli makanan, ubat, penokok diet, keperluan harian atau apa-apa barangan lain daripada mana-mana penyedia perkhidmatan tidak boleh melebihi radius 10 kilometer dari kediamannya.
Peraturan baharu yang diwartakan itu ditandatangani oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
PKP yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu memasuki fasa keempat hari ini dan dijangkakan akan tamat pada 12 Mei ini.
Isabelle Leong
Wed Apr 29 2020

Peraturan itu menyebut individu yang keluar bersama mestilah merupakan anggota keluarga yang tinggal serumah. - Gambar hiasan

PM perlu terus terang isu sempadanan maritim dengan Indonesia - Muhyiddin
Muhyiddin berkata, tindakan kerajaan yang disifatkan 'semberono' itu dilihat dibuat tanpa mengambil kira impak secara menyeluruh.

Takiyuddin sahkan Eizlan Yusof sertai Pas
Menurutnya, ada beberapa lagi tokoh lain, namun nama mereka akan diumumkan pada waktu yang sesuai.

'Tak sangka sepakan basikal hasilkan gol'
Jaringan peribadi ke-15 Forestieri musim ini kembali menjelmakan semula rentak penyandang juara sembilan kali berturut-turut itu.

ARC: Hong Kong terlalu kuat buat skuad Bunga Raya
Skuad Bunga Raya ternyata bukan tandingan lawan yang merupakan pasukan kedua terbaik Asia dan ke-24 dalam ranking dunia.

Industri perbankan akan berkembang di bawah Abdul Rasheed - ABM
Khairussaleh berkata industri perbankan akan mendapat manfaat daripada pengalaman Abdul Rasheed.

Habuan cecah RM1 juta menanti atlet para negara
Subramaniam percaya barisan atlet para akan menerima habuan masing-masing selepas berjuang mengharumkan nama Malaysia.

Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik tamatkan cabaran di separuh akhir
Aaron-Wooi Yik tewas kepada Liang Wei Keng-Wang Chang dari China 21-16, 15-21, 17-21, sekali gus memburukkan lagi rekod mereka.

DSV mahu kembalikan zaman kegemilangan Kelantan FC
Jika berjaya ambil alih, ini kali kedua DSV terlibat dengan Kelantan FC, selepas pada 2016, dengan nilai tajaan melebihi RM16 juta.

UCL 2023: Manchester City muncul juara, tundukkan Inter Milan
Inter Milan hampir menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir apabila sepakan Romelu Lukaku diselamatkan oleh Ederson.

PAU2023: UMNO perlu bangkit jadi pilihan rakyat - Wan Rosdy
Wan Rosdy membangkitkan persoalan, adakah ahli UMNO dan BN gagal mempengaruhi keluarga dan saudara terdekat untuk menyokongnya.

Norhaeda kongsi rezeki dengan 48 ekor kucing jalanan
Sikap mudah kasihan terhadap haiwan itu membuatkan dia akan membawa pulang haiwan berkenaan yang dijumpai di jalanan untuk dijaga.

Beberapa surat setuju terima projek Jana Wibawa libat ahli keluarga pemimpin politik
Beberapa SST yang dikeluarkan menerusi projek Jana Wibawa melibatkan ahli keluarga pemimpin utama parti politik tertentu.

Penceramah bebas didakwa cabul ahli keluarga sendiri
Seorang penceramah bebas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di sini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap ahli keluarganya.

Wanita maut, enam ahli keluarga cedera nahas dekat R&R Sungai Buloh
Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda Accord yang dinaiki tujuh sekeluarga telah melanggar bahagian belakang sebuah treler.

Syak mayat rentung ahli keluarga
Keluarga berkenaan bagaimanapun tidak dapat mengecam mayat tersebut dan perlu menunggu hasil ujian pemadanan DNA yang dijangka diketahui dalam tempoh dua minggu lagi.

4 maut kemalangan di LPT: 'Tak tahu mak, ayah dalam perjalanan ke Kuala Terengganu' - Anak
Azrilina Mohamad, 44 berkata, mereka hanya mengetahui kejadian itu kira-kira jam 6 pagi, dimaklumkan oleh salah seorang ahli keluarga terdekat.

Ceria, ketawa bukan jaminan 'saya okay'
Zulkifli berkata, pelbagai aspek perlu diperhalusi bagi memahami mengapa insiden bunuh ahli keluarga boleh terjadi.

Identiti suami isteri dibunuh dikenal pasti, adik mangsa diburu
Adik lelaki kepada mangsa dikatakan menghilangkan diri dengan sebuah kereta Proton Saga milik kakak iparnya.

Suami isteri ditemui mati, dipercayai dibunuh ahli keluarga
Mayat kedua-dua mangsa yang berusia dalam lingkungan 40 tahun itu ditemui di ruang tamu rumah berkenaan.

Petugas kesihatan terkilan gagal selamatkan mangsa lemas
Kejadian itu berlaku amat pantas dan dalam tempoh 15 minit dia telah kehilangan dua adik ipar dan sepupu iparnya.