KANGAR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan untuk membendung penularan COVID-19, memberi rezeki kepada seorang gadis yang bekerja sambilan sebagai penghantar makanan di sebuah restoran makanan segera di sini bagi meraih pendapatan untuk membantu keluarganya.
Menurut Nur Adilah Mayamin Jama'amal 20, bukan mudah untuk mendapat peluang pekerjaan dalam pandemik COVID-19 justeru tanpa mengira cuaca panas atau hujan, dia yang mula bertugas di syarikat Dominoz Pizza di sini sejak awal Januari tahun ini, komited bekerja kerana permintaan pesanan makanan meningkat dua kali ganda berbanding biasa.
"Saya lihat orang ramai sudah mulai takut untuk keluar membeli makanan dengan keadaan semasa COVID-19 dan dengan status Zon Merah sekali gus berlaku peningkatan pesanan makanan secara dalam talian melalui aplikasi Food Panda yang melonjak sehingga saya terpaksa mengejar giliran.
"Saya buang rasa malu kerana mahu bantu ringankan beban ibu...Ibu bekerja kilang sahaja dengan gaji tidak seberapa dan perlu menanggung saya dan kakak setelah berpisah dengan bapa sejak tiga tahun lalu, setidaknya saya ada duit poket sendiri tanpa perlu meminta daripada ibu," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
Dia berkata dalam tempoh lapan jam waktu bekerja, dia akan melakukan lebih 12 penghantaran, membolehkannya meraih kira-kira RM70 sehari dan upah itu tidak termasuk kerja sambilan di dapur yang dibayar antara RM600 dan RM700 sebulan.
Nur Adilah berkata biarpun jumlah itu tidak seberapa namun jika rajin dan permintaan pesanan bertambah, dia boleh terima upah dua kali ganda sehari dengan hanya membonceng motosikal dan menghantar pesanan.
Kata anak kelahiran Perlis yang menetap di Kampung Paya, Beseri di sini, dia nekad untuk tidak menyambung pelajaran setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 dan mula bekerja pada usia 18 tahun di sebuah kilang di sini tempat sama ibunya bekerja.
Namun katanya setelah PKP 1.0 mula dilaksanakan pada Mac 2020, dia terpaksa berhenti kerja.
Selepas berhenti kerja, rakannya mempelawa Nur Adilah bekerja dalam bidang ini dan sejak itu bermulalah kerjayanya sebagai gadis penghantar makanan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 25 2021
Nur Adilah komited bekerja kerana permintaan pesanan makanan meningkat dua kali ganda berbanding biasa. - Foto BERNAMA
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Penghantar makanan maut dirempuh kereta di lampu isyarat merah
Seorang penghantar makanan maut dirempuh sebuah kereta ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Taman Mas, Puchong pada Jumaat.
Penghantar makanan didakwa rempuh anggota polis ketika pemeriksaan
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merempuh dan melanggar seorang anggota polis berpangkat koperal, minggu lepas.
Penghantar makanan maut langgar kotak kuasa TNB
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.
Mahkamah tolak rayuan bekas penghantar makanan rogol kanak-kanak
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan terhadap seorang bekas penghantar barang yang merogol seorang murid darjah enam di sebuah hotel bajet, empat tahun lepas.
Kereta terbabas dalam kolam takungan najis selepas cubaan larikan diri
Penghantar makanan berusia 19 tahun itu cedera di dahi dan pipi, serta calar di tangan dan kaki.
Penghantar makanan maut motosikal bertembung kereta
Mangsa, Muhammad Hasmadi Jamil, 24, maut di tempat kejadian apabila parah di kepala dan badan.
Penghantar makanan, kanak-kanak dua tahun maut nahas jalan raya
Seorang wanita dan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dalam nahas jalan raya membabitkan dua kenderaan di Kilometer 10.2 Jalan Batu Caves, di sini menghala ke Selayang, malam Jumaat.
Penghantar makanan naik kuda hantar pesanan pelanggan
Kejadian jarang berlaku itu menyebabkan orang ramai berpusu-pusu merakam gelagat lelaki tersebut.
Penubuhan suruhanjaya pastikan pekerja gig dapat manfaat seperti pekerja formal
Dengan itu, pekerja ekonomi gig dapat memperbaiki status sebagai pekerja tidak formal bagi membolehkan mereka mencarum dengan Perkeso.
'Arwah ada sejarah lampau, tapi tiada hak dipukul hingga mati'
Shah Rizad Samad, 43, berkata, lima penghantar makanan yang didakwa membunuh adiknya, tidak sepatutnya mengambil langkah menggunakan kekerasan.