awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: Jangan terus jadi mangsa dera, hubungi Talian Kasih dan PDRM - Ismail Sabri

Firdaus Azil
Firdaus Azil
12/04/2020
07:21 MYT
PKP: Jangan terus jadi mangsa dera, hubungi Talian Kasih dan PDRM - Ismail Sabri
Pertambahan aduan itu didakwa berikutan mangsa dan pelaku mempunyai lebih banyak masa berada di rumah susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Gambar hiasan
Kerajaan telah mewujudkan satu lagi talian khusus untuk menangani kes-kes berhubung masalah rumah tangga yang melibatkan penderaan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, tindakan itu diambil selepas wujud kebimbangan mengenai kes penderaan domestik yang mungkin akan meningkat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
“Kita juga dengar ada aduan mengenai masalah di dalam rumah tangga dan sebagainya, dan ada juga kebimbangan mengenai kes kes penderaan dan sebagainya sewaktu PKP.
Dalam usaha menangani kes kes keganasan rumah tangga, dan penderaan kanak-kanak, maka Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mewujudkan talian khas bagi membantu mangsa,” katanya lagi.
BACA: Mengapa kes keganasan rumah tangga meningkat semasa PKP?
Ahli Parlimen Bera itu berkata, mereka yang memerlukan bantuan disarankan untuk menghubungi Talian Kasih 15999 atau terus membuat aduan melalui Whatsapp di 019 261 5999.
Sebelum ini, media melaporkan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) telah menerima laporan sebanyak 14 peratus peningkatan bilangan panggilan dan aduan menerusi WhatsApp berhubung kes keganasan rumah tangga membabitkan wanita.
Pertambahan aduan itu didakwa berikutan mangsa dan pelaku mempunyai lebih banyak masa berada di rumah susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#keselamatan
#kluster keselamatan
#Media
#Menteri Kanan
#Parlimen
#Penderaan Kanak-kanak
#Penderaan Rumah Tangga
#Polis Diraja Malaysia
#Talian Kasih
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan