PKP: Kesan 'lockdown' kedua kepada negara yang pernah laksanakannya

Umavathi Ramayah
Januari 9, 2021 11:29 MYT
Pelaksanaan 'lockdown' kedua bukan sesuatu yang mengejutkan sebaliknya pernah dilaksanakan di beberapa negara ketika berdepan dengan gelombang kedua. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Melihat pada peningkatan angka COVID-19 dengan jangkaan lebih 8,000 kes pada pertengahan Mei, sekiranya kadar jangkitan (R naught) kekal pada 1.2, maka adalah tidak mustahil lockdown atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan sekali lagi di Malaysia.
Jika terus dibiarkan, ia bukan sahaja melumpuhkan insitusi kesihatan negara malah akan meletakkan setiap rakyat Malaysia dalam risiko.
Namun kali ini, pelaksanaan PKP sekirannya dilaksanakan semula berkemungkinan menggunakan pendekatan sedikit 'lembut' berbanding kali pertama memandangkan pada ketika itu negara masih belum mempunyai aplikasi-aplikasi serta kaedah spesifik yang boleh membantu mengesan penyebaran virus itu.
Bagaimanapun begitu, pelaksanaan lockdown kedua bukan sesuatu yang mengejutkan sebaliknya pernah dilaksanakan di beberapa negara ketika berdepan dengan gelombang kedua peningkatan kes COVID-19 dan terbukti berkesan.
England 29 Oktober - 2 Disember 2020
  • Pada minggu pertama pelaksanaan perintah kawalan itu, R-Naught mencatatkan penurunan antara 1.1 dan 1.3.
  • Selepas tamat tempoh berkenaan, bilangan kes menyaksikan penurunan kira-kira 30 peratus.
  • Jerman 2 November - 30 November 2020
  • Pada November, nilai R-Naught di Jerman berada pada bacaan 1 dengan aliran yang tidak stabil. Bermakna secara puratanya, kadar keterjangkitan adalah satu nisbah satu individu. Pada ketika ini R-Naught berada pada 0.92.
  • Greece 7 November - 30 November 2020
  • Kapasiti di unit rawatan rapi (ICU) sebelum pelaksanaan perintah kawalan itu mencapai hampir 70 peratus.
  • Sepanyol 26 Oktober - 9 November 2020
  • Negara itu berjaya mengurangkan bilangan kes harian daripada 530 kepada 400 kes dalam tempoh 15 hari.
  • #COVID-19 #R-Naught #PKP #second lockdown #kes tertinggi #unit rawatan rapi #perintah kawalan pergerakan #Pelaksanaan PKP #PKP kedua #lockdown #rakyat Malaysia #Muhyiddin Yassin #Noor Hisham Abdullah