awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: Lelaki ditahan anjur majlis pertunangan dihadiri 20 orang

Bernama
Bernama
18/05/2021
15:29 MYT
PKP: Lelaki ditahan anjur majlis pertunangan dihadiri 20 orang
Suspek ditahan pada 8.30 malam setelah polis menerima rakaman video berdurasi 14 saat mengenai majlis itu yang tular dalam media sosial. - Gambar hiasan
LABUAN: Polis menahan seorang lelaki berumur 47 tahun semalam, kerana dipercayai menganjurkan majlis pertunangan dan dihadiri lebih 20 orang di Kampung Baru Selamat ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Ahad lepas.
Ketua Polis Labuan Supt Ahmad Jawila berkata lelaki itu ditahan pada 8.30 malam setelah polis menerima rakaman video berdurasi 14 saat mengenai majlis itu yang tular dalam media sosial.
"Berdasarkan maklumat awam, kami menahan lelaki itu kerana mengadakan majlis pertunangan semasa PKP dan boleh dipenjara hingga enam bulan atau denda atau kedua-duanya," katanya kepada pemberita di Balai Polis Labuan di sini hari ini.
Ahmad berkata lelaki terbabit disiasat kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP iaitu kesalahan di bawah Seksyen 260 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Sementara itu, beliau berkata polis Labuan merampas 16 motosikal kerana pelbagai kesalahan termasuk mengubah suai ekzos, tiada insurans dan lesen semasa Op Samseng Jalanan pada 15 Mei lepas.
"Kami turut mengeluarkan 55 saman atas pelbagai kesalahan dan menahan seorang lelaki berumur 20 tahun kerana menunggang motosikal dengan berbahaya dan membuat aksi 'wheelie', kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Topic Berkaitan
#SOP
#PKP
#Lelaki ditahan
#anjur majlis pertunangan
#dihadiri ramai
#Labuan
#pertunangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan