[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

PKP: Pemeriksaan teliti punca kesesakan trafik di Plaza Tol Gombak - Polis

Afiezy Azaman 29/05/2021 | 03:29 MYT
Kesesakan yang berlaku di Plaza Tol Gombak keluar dari ibu negara berpunca daripada pemeriksaan teliti yang dijalankan ke atas setiap kenderaan yang melalui sekatan jalan raya yang didirikan di plaza tol berkenaan. -Foto tular
KUALA LUMPUR: Kesesakan trafik keluar dari ibu negara dikesan di Plaza Tol Gombak pagi ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, kesesakan sepanjang 1 kilometer (km) itu berpunca daripada pemeriksaan teliti yang dijalankan ke atas setiap kenderaan yang melalui sekatan jalan raya (SJR) di plaza tol berkenaan.
"Ya betul, kerana pasukan memeriksa dengan betul," katanya ringkas kepada Astro AWANI.
Ditanya sama ada kesesakan itu berpunca daripada pergerakan orang ramai untuk pulang ke kampung susulan pengumuman 'total lockdown', beliau berkata perkara itu akan disiasat.
"Ini akan disiasat terlebih dahulu, saya menghala ke lokasi (Plaza Tol Gombak)," kata Arifai.
Terdahulu, tular di media sosial muat naik gambar menunjukkan kesesakan di Plaza Tol Gombak yang melalui sekatan jalan raya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Sekatan Jalan Raya #total lockdown #kesesakan #Plaza Tol Gombak #Arifai Tarawe #PKP #SJR #tol #media sosial