KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur menggerakkan sekatan jalan raya (SJR) di sembilan kawasan di sini bermula hari ini bagi memantapkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bermula pada 7 hingga 20 Mei.
Sekatan jalan raya dilaksanakan bermula hari ini di kawasan Kuala Lumpur iaitu di Jalan Sentul Pasar, di hadapan Balai Polis Kepong, Jalan Klang Lama, Jalan 2/27A Wangsa Melawati, Jalan 1/91 Taman Shamelin Perkasa dan Lebuhraya Bukit Jalil.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur DCP Datuk Yong Lei Choo berkata sembilan lokasi utama di daerah ini akan diperketatkan sekatan jalan raya bagi mengelakkan sebarang aktiviti rentas daerah tanpa kebenaran berlaku.
"Sekatan jalan menghala ke Kuala Lumpur turut dijalankan di Lebuhraya Persekutuan, Jalan Tol Duta menghala ke Kuala Lumpur dan Jalan Tol Sungai Besi menghala ke Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Yong berkata pemantauan akan dipertingkatkan oleh kumpulan pematuhan dan rondaan oleh unit Cawangan Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bagi memastikan penguatkuasaan PKP di Kuala Lumpur adalah komprehensif.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berhampiran.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 08 2021
Sembilan lokasi utama di daerah ini akan diperketatkan sekatan jalan raya bagi mengelakkan sebarang aktiviti rentas daerah tanpa kebenaran berlaku. - Gambar fail
Nahas helikopter Lumut: MCMC nasihat orang ramai tidak muat naik, sebar video
MCMC menasihatkan orang ramai agar tidak memuat naik atau menyebarkan video insiden nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Nahas helikopter Lumut: Jenazah semua mangsa selamat tiba di HRPB, Ipoh
Jenazah mangsa dibawa ke hospital menggunakan van jenazah dengan diiringi empat motosikal dan lima kenderaan PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Nahas helikopter Lumut: 2 Pegawai Memerintah Skuadron, ini senarai mangsa terkorban
Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) wanita dan dua Pegawai Memerintah Skuadron antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut.
Bursa Singapura: Perubahan peraturan bantu pelabur panggil mesyuarat khas
Peraturan baharu itu boleh menjadi langkah positif dalam usaha memperbaik tadbir urus korporat.
Airasia Consulting teruskan libat urus bagi nyahlabur Srilankan Airlines
AirAsia Consulting berhasrat untuk meneruskan libat urus dengan pihak International Finance Corporation (IFC) yang diberi mandat memberi nasihat kepada kerajaan Sri Lanka berhubung usaha nyahlabur dalam SriLankan Airlines Ltd.
Harga minyak: Peningkatan harga beri kesan positif dan negatif - SERC
Terdapat kebimbangan mengenai "kesan pesanan kedua" bekalan minyak yang dijangka menyebabkan kenaikan harga tenaga dan seterusnya inflasi. Ini akan melemahkan perbelanjaan pengguna dan permintaan pelaburan.
Victoria Beckham sifatkan reunion Spice Girls hadiah terbaik sambut usia ke-50
Victoria Beckham Sifatkan Reunion Spice Girls Hadiah Terbaik Sambut Usia 50
Kerajaan perlu ambil kira graduan sedia ada di pasaran
Kerajaan perlu mengambil kira graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang sedia ada dalam pasaran ketika ini jika mahu melihat keberkesanan penetapan gaji premium untuk graduan dalam bidang itu secara optimum.
Nahas helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
Pasaran buruh: Produktiviti tenaga kerja masih perlu dipertingkat
Kadar pengangguran telah menurun kepada paras sebelum wabak Covid-19 sebanyak 3.3 peratus pada suku keempat 2023, namun, kadar pengangguran berasaskan kemahiran berada pada 37.4 peratus dalam tempoh yang sama.
PRN Melaka: Polis buka 17 SJR bermula esok
PDRM akan melaksana Sekatan Jalan Raya (SJR) di 17 lokasi seluruh Melaka sepanjang tempoh pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN), 20 November ini.
PKP: Sabah pertimbang cadangan pergerakan lebih 10km
Datuk Masidi Manjun berkata kerajaan negeri juga sedang mengkaji keperluan untuk melaksanakannya seperti yang disarankan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali.
PKP: Kompaun, patah balik jika tiada surat kebenaran - Polis Kota Setar
Pihaknya telah mengaktifkan tiga SJR di laluan Plaza Tol Alor Setar Selatan, Plaza Tol Alor Setar Utara dan di laluan masuk melalui Kepala Batas sepanjang PKPB.
PKPB: Pematuhan SOP SJR di Sentul capai 95 peratus - Polis
Pihak yang didapati tidak patuh SOP membabitkan kenderaan syarikat seperti van dan lori.
78 individu ditahan langgar PKP, ini 5 fokus kenyataan Ismail Sabri
Seramai 78 individu telah ditahan pada Khamis atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pasukan pematuhan SOP ditubuhkan, fokus cegah jenayah sepanjang PKPP - Polis
PDRM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menubuhkan pasukan jawatankuasa pematuhan dalam menjalankan pemeriksaan SOP bermula hari ini hingga 31 Ogos.
Polis Bintulu ambil langkah ubah lokasi sekatan di laluan tikus
Tidak ada yang dapat lolos meskipun melalui jalan 'tikus' menuju ke bandar Bintulu.
Tiga juta rakyat Malaysia masih ingkar - Panglima Angkatan Tentera
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, angka itu merupakan jumlah yang besar dan perlu ditangani segera.