MALAYSIA

PKP: Tak perlu cap polis, hanya dua dokumen ini sahaja jika anda bekerja - MITI

Harits Asyraf Hasnan 10/05/2021 | 06:11 MYT
Wujud kekeliruan terutama dalam kalangan mereka yang bekerja tetapi terpaksa merentas daerah atau negeri, susulan larangan yang berkuat kuasa hari ini. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Individu yang memiliki surat daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi aktiviti ekonomi tidak perlu untuk mendapatkan cop pengesahan polis.

Perkara itu dimaklumkan menerusi ciapan MITI ketika mengesahkan persoalan salah seorang pengadu.

Pemilik akaun @nrxtqh memaklumkan kepada MITI bahawa polis menyatakan dia perlu mendapatkan cop polis walaupun dia memiliki surat syarikat.

"Terima kasih atas makluman Cik.

Salam.. @PDRMsia @PDRMsia_Trafik mohon maklum ya. Surat MITI untuk tujuan kerja tidak perlu dicop," memetik hantaran Twitter @MITIMalaysia.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Menerusi lembaran fakta yang dikongsikan MITI, pergerakan rentas daerah atau negeri untuk tujuan kerja hanya memerlukan dua dokumen di bawah.

i) Surat kebenaran MITI (atau rujuk surat kebenaran yang dikeluarkan kementerian atau agensi yang berkenaan bagi sektor tertentu); DAN

ii) Pas pekerja ATAU surat majikan

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Wujud kekeliruan dalam kalangan mereka yang bekerja tetapi terpaksa merentas daerah atau negeri, susulan larangan yang berkuat kuasa hari ini.

BACA: Larangan rentas daerah, negeri di seluruh negara 10 Mei sehingga 6 Jun

Beberapa persoalan melibatkan rentas daerah dan negeri berkait aktiviti ekonomi turut dijawab MITI menerusi akaun media sosial Twitter mereka @MITIMalaysia
#MITI #Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri #aktiviti ekonomi #rentas negeri #media sosial #ekonomi #Twitter #rentas daerah #SOP rentas daerah #pekerja rentas daerah negeri #PKP #SJR #Sekatan Jalan Raya