MALAYSIA
PKP2.0 disambung atau tidak? Nantikan pengumumannya 3.30 petang ini
Untuk mengetahui sama ada PKP2.0 akan disambung atau tidak, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menjelaskan perinciannya pada pukul 3.30 petang ini dalam sidang media. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Seluruh rakyat Malaysia sedang ternanti-nanti bagaimana status pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang sepatutnya berakhir pada 4 Februari (Khamis) ini.
Apakah PKP2.0 akan disambung? Atau mungkinkah kerajaan membuat keputusan untuk tidak menyambungnya?
Tentu sekali kerajaan khususnya Majlis Keselamatan Negaram (MKN) bersama-sama Kementerian Kesihatan Makaysia (KKM) akan membuat pelbagai pertimbangan sebelum mem buat sebarang keputusan.
Kerajaan juga sedia maklum harus memastikan kehidupan dan kesihatan rakyat dalam keadaan seimbang dalam apa sahaja situasi sekalipun.
Pelaksanaan PKP dalam satu aspek membantu pihak berkuasa mengawal penularan pandemik
COVID-19.
Namun, dari satu aspek lain pula, yang menjadi kebimbangan ialah penutupan sektor ekonomi menjejaskan kehidupan rakyat.
Lalu, untuk mengetahui sama ada PKP2.0 akan disambung atau tidak, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menjelaskan perinciannya pada pukul 3.30 petang ini dalam sidang media.
Pastikan anda bersama-sama kami di semua platfrom Astro AWANI untuk mendengar sendiri penjelasan beliau di saluran 501 dan www.astroawani.com.
#PKP
#perintah kawalan pergerakan
#ismail sabri yaakob
#Astro Awani
#Sidang media
#Menteri Kanan Pertahanan
#Pandemik COVID-19