awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suami isteri warga emas didakwa miliki senjata api, peluru, dadah
Benzema 'mogok', berang ditawar kontrak pelik
Bidaan siri nombor plat "FH" dibuka Ahad ini - JPJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB: 293,181 kenderaan diperiksa, 133 sekatan jalan raya

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
06/06/2020
07:53 MYT
PKPB:  293,181 kenderaan diperiksa, 133 sekatan jalan raya
Sebanyak 277 kompaun dikeluarkan oleh PDRM kepada individu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKPB, kata Ismail Sabri.
Jumlah kenderaan yang diperiksa oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan peningkatan pada Jumaat iaitu sebanyak 293,181 berbanding 277,002 kenderaan pada hari sebelumnya.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PDRM turut melaksanakan 133 sekatan jalan raya rentas sempadan negeri di seluruh negara, setakat Jumaat.
"Sebanyak 32 kenderaan diarah patah balik atas cubaan rentas negeri tanpa kebenaran.
"Antara negeri yang mencatatkan cubaan rentas negeri yang tertinggi adalah Selangor (17), Pahang (enam) dan Negeri Sembilan serta Melaka (empat)," katanya dalam sidang media harian, di sini pada Sabtu.
Dalam pada itu, PDRM turut menahan dan mereman 21 individu selain mengeluarkan kompaun terhadap 277 orang atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
"Selain itu, seperti biasa juga sudah beberapa hari seperti saya sebutkan, tiada kompuan dikeluarkan terhadap aktiviti ziarah Aildilfiti," katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata pasukan Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM telah membuat 77,111 pemeriksaan bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPB, setakat semalam.
Katanya, sebanyak 3,564 pasukan pematuhan telah membuat pemantauan melibatkan seramai 17,549 anggota.
Topic Berkaitan
#keselamatan
#Malaysia
#Negeri Sembilan
#Pahang
#PDRM
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#Polis Diraja Malaysia
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan