PKPB di Kuching dilanjutkan hingga 27 November - JPBN Sarawak

Astro Awani
November 22, 2020 09:08 MYT
Lanjutan itu dibuat susulan masih terdapat 58 kes positif tempatan di dearah itu. - Astro AWANI
KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Kuching yang berakhir hari ini dilanjutkan sehingga 27 November depan.
Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata, keputusan itu dibuat susulan masih terdapat 58 kes positif tempatan di dearah itu dalam tempoh 14 hari ini.
Bagaimanapun katanya, tempoh lanjutan PKPB itu boleh dipendekkan sekiranya JPBN Sarawak mendapati bahawa tiada lagi keperluan untuk penguatkuasaan tersebut.
BERITA LANJUT MENYUSUL
#COVID-19 #Sarawak #PKPB Kuching dilanjutkan #Lanjutan PKPB #Kuching #Tan Sri Dr James Jemut Masing #JPBN Sarawak