awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo rancang pengembangan, lancar operasi jet separuh kedua 2026
TNB rugi hampir RM30 juta akibat aktiviti bitcoin di Melaka
Anjung Syawal Putrajaya sokong TMM2026, pamer keunikan sambutan Ramadan di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB jadi alasan kenaikan harga cili, kacang bendi di Alor Setar

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
19/05/2020
02:48 MYT
PKPB jadi alasan kenaikan harga cili, kacang bendi di Alor Setar
Harga sayur-sayuran di Pasar Besar Alor Setar meningkat, paling ketara cili merah dan kacang bendi. -Gambar fail
Harga sayur-sayuran di Pasar Besar Alor Setar dilapor meningkat, paling ketara membabitkan cili merah dan kacang bendi.
Harga sekilogram cili merah naik dari RM11 kepada kini mencecah RM16 manakala kacang bendi dari RM5 naik menjadi RM6 sehingga RM7.
Menurut peniaga Putra Adam Marwan Mawardi, 21, kenaikan harga itu didakwa di pihak pemborong yang memberi alasan tidak dapat menghantar barangan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang membataskan pergerakan mereka merentas negeri.
"Sebab hendak pergi ambil, tidak boleh rentas negeri. Bendi dari Pulau Pinang, sebab itu tidak boleh pergi ambil.
"Sebab itu harganya mahal sedikit," katanya yang mendakwa kebanyakan pemborong adalah dari Pulau Pinang dan Perak.
Seorang lagi peniaga mendakwa kenaikan harga barangan itu berlaku sejak seminggu lalu.
Sum Sew Ling, 48, berkata sebelum ini harga sekilogram cili merah ialah di antara RM10 dan RM11 sahaja berbanding RM16 sekarang.
Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah, Omar Ismail memaklumkan pihaknya melakukan pemeriksaan di seluruh pasar awam setiap hari untuk memastikan tiada peniaga yang menaikkan harga cili dan bendi.
Bagaimanapun, beliau mengakui kekurangan bekalan daripada pembekal dan kesukaran pemborong untuk menghantar sayur-sayuran mengakibatkan harga meningkat.
Bagaimanapun katanya, KPDNHEP akan membuat Skim Kawalan Harga menjelang Hari Raya Aidilfitri ini bagi mengelak ada pihak yang mengambil kesempatan.
Topic Berkaitan
#cili merah
#kacang bendi
#Omar Ismail
#Pasar Besar Alor Setar
#Putra Adam Marwan Mawardi
#sayur
#Sum Sew Ling
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan