MALAYSIA

PKPB Klang: Kerajaan Selangor adakan mesyuarat esok

Isabelle Leong 07/10/2020 | 12:09 MYT
AMIRUDIN: Pengumuman lanjut akan dibuat bagi memperincikan pelaksanaan PKPB di Klang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, akan membuat pengumuman lanjut bagi memperincikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Klang dalam masa terdekat.
Katanya, beliau akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri pada Khamis, berhubung pelaksanaan PKPB itu.
“Kerajaan Selangor mengambil maklum pengumuman Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelaksanaan PKPB itu.
“Saya akan mempengerusikan mesyuarat MKN berhubung pelaksanaan PKPB di Klang.
“Pengumuman lanjut akan dibuat bagi memperincikan pelaksanaan PKPB di Klang,” katanya menerusi satu hantaran di laman Twitter peribadinya pada Rabu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tambahnya, beliau akan memperhalusi dan meneliti pandangan semua pihak dalam aspek perebakan kes COVID-19 hingga kepada penguatkuasaan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Ismail Sabri mengumumkan bahawa PKPB akan dilaksanakan di Sandakan, Papar dan Tuaran di Sabah serta Klang, Selangor bermula 9 Oktober 2020.
Katanya, empat kawasan tersebut merupakan kawasan yang baharu diklasifikasikan sebagai zon merah di Sabah dan Selangor kerana mempunyai lebih 40 kes positif COVID-19.
#Amirudin Shari #Selangor #PKPB Klang #perintah kawalan pergerakan bersyarat #COVID-19 #Menteri Kanan Pertahanan #ismail sabri yaakob #Sandakan #Papar #Tuaran #Sabah #Klang