awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB Lembah Klang bukan kegagalan - KP Kesihatan

Bernama
Bernama
16/11/2020
20:44 MYT
PKPB Lembah Klang bukan kegagalan - KP Kesihatan
Pada Isnin, Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya merekodkan 543 kes baharu COVID-19 berbanding Sabah yang mencatatkan 288 kes. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA:Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor sejak pertengahan Oktober lalu, bukanlah satu kegagalan, tegas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Menyangkal dakwaan PKPB telah gagal, Dr Noor Hisham berkata lonjakan kes COVID-19 di Lembah Klang kini hanya terhad kepada pekerja binaan dan bukan dalam komuniti.
"Saya tidak melihat PKPB adalah satu kegagalan. Ia berfungsi dengan baik (dalam mengawal COVID-19). PKPB berjaya membendung dan mengurangkan jangkitan di Sabah.
"Untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memakan kos yang besar. Jadi kita kena seimbangkan antara nyawa dan mata pencarian dengan PKPB," katanya pada sidang media di Kementerian Kesihatan di sini semalam.
Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan telah bersedia dari awal untuk menghadapi peningkatan kes COVID-19 di Lembah Klang (Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya) serta Negeri Sembilan.
Katanya, PKP tidak dilaksanakan kerana 40 peratus ekonomi negara tertumpu di Selangor.
Oleh itu PKPB dilaksanakan (di Lembah Klang) pada 14 Okt, kata Dr Noor Hisham.
Mengulas kes COVID-19 di Lembah Klang, Dr Noor Hisham berkata terdapat dua kluster besar iaitu Kluster Tapak Bina Damanlela dan Kluster Merpati di tapak pembinaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).
"Kebanyakan kes dari tapak pembinaan adalah pekerja asing," katanya.
Dr Noor Hisham berkata daripada 1,103 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan semalam 53.7 peratus melibatkan pekerja asing.
Pada Isnin, Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya merekodkan 543 kes baharu COVID-19 berbanding Sabah yang mencatatkan 288 kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKPB
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#Lembah Klang
#kegagalan
#Sabah
#COVID-19
#Noor Hisham Abdullah
#lonjakan kes
#kes positif
#jangkitan
#PKP
#ekonomi
#Selangor
#tapak pembinaan
#pekerja asing
#kluster
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan