awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis nafi rompakan masjid di Kuala Kedah
Xiaomi keluarkan lebih 400,000 kereta elektrik sepanjang 2025
Lelaki ditahan simpan buaya tembaga bernilai ratusan ribu dalam but kereta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB: Solat Jumaat, fardu di Kelantan bersyarat

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
13/01/2021
07:47 MYT
PKPB: Solat Jumaat, fardu di Kelantan bersyarat
Jemaah dibenarkan untuk solat Jumaat dan fardu di masjid bandar, mukim serta jajahan di Kelantan hanya 50 orang dengan penjarakan sosial satu meter manakala di surau (30 jemaah) dan musalla (10 jemaah). - Gambar hiasan
KOTA BHARU:Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan solat Jumaat dan fardu dilaksanakan di masjid, surau atau musalla di negeri ini mengikuti prosedur yang ditetapkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Bagaimanapun, semua kuliah agama dan kelas al-Quran di masjid, surau dan musalla ditangguhkan sehingga 26 Januari ini.
Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, arahan itu diperkenankan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V supaya solat dibenarkan tetapi mengikuti sepenuhnya garis panduan PKPB.
Menurut Tengku Mohamad Rizam, semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan mesti dipatuhi dan tindakan akan dikenakan sekiranya jemaah gagal mematuhi SOP yang ditetapkan sepanjang PKPB dilaksanakan.
"Jemaah dibenarkan untuk solat Jumaat dan fardu di masjid bandar, mukim serta jajahan hanya 50 orang dengan penjarakan sosial satu meter.
"Manakala di surau 30 jemaah dibenarkan pada setiap waktu dan bagi musalla pula hanya 10 orang dibenarkan dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter," kata Tengku Mohamad Rizam dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, antara jemaah yang dibenarkan menunaikan solat di ketiga-tiga rumah ibadah umat Islam itu ialah pegawai masjid (Imam Tua, Imam Muda, Bilal dan Siak), Ahli Jawatankuasa Masjid dan anak-anak mukim terpilih sahaja.
Katanya, bagi ahli jawatankuasa serta anak mukim yang berusia 70 tahun dan individu bergejala, batuk, selesema dan sakit tekak pula tidak dibenarkan hadir.
"Seperti sebelum ini jemaah perlu membawa sejadah sendiri dan mengambil wuduk di rumah terlebih dahulu.
“Saringan suhu perlu dibuat dan individu mempunyai bacaan suhu lebih 37.4 darjah celsius tidak dibenarkan masuk ke masjid,” katanya.
Menurutnya, jemaah perlu memakai pelitup muka dan kehadiran direkodkan selain imam perlu memastikan solat diselesaikan dalam tempoh 20 minit setelah azan.
“Kebenaran pelaksanaan solat Jumaat tertakluk kepada kehadiran sekurang-kurangnya seorang anggota polis di setiap masjid,” jelas beliau lagi.
Topic Berkaitan
#Solat Jumaat
#soloat fardu
#masjid
#surau
#musalla
#negeri Kelantan
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan