[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
MALAYSIA

PKPD di 2 lokaliti di Sabah dan Pahang ditamatkan

Astro Awani 07/10/2021 | 12:11 MYT
PKPD yang ditamatkan membabitkan Kampung Pangkalan Abai di Kota Belud di Sabah dan Kampung Telimau, Pos Terisu, Mukim Ulu Telom, di Cameron Highlands di Pahang. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti di Sabah dan Pahang, esok.

Menurut Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, keputusan menamatkan PKPD di dua lokaliti tersebut dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa.

"PKPD yang ditamatkan membabitkan Kampung Pangkalan Abai di Kota Belud di Sabah dan Kampung Telimau, Pos Terisu, Mukim Ulu Telom, di Cameron Highlands di Pahang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rodzi juga memaklumkan tiada lokaliti baharu yang dikenakan PKPD esok atau Sabtu.
#MKN #PKPD #Sabah #Pahang