MALAYSIA
PKPD di 2 lokaliti di Sarawak tamat, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri

Ismail Sabri memaklumkan seramai 565 individu tiba di pintu masuk antarabangsa pada Isnin dan semuanya telah dikuarantin. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Batu Gong, Siburan, Serian dan Penjara Sri Aman serta kuarters kakitangannya di Sri Aman, masing-masing tamat pada 23 dan 21 April.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster terkawal di kawasan terbabit.
Berikut adalah lima tumpuan kenyataan media beliau, pada Selasa:
1) Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat (MTAQ), Pulai Chondong, Machang, Kelantan dikenakan PKPD berkuat kuasa 21 April hingga 4 Mei.2) PKPD di Kampung Batu Gong, Siburan, Serian, Sarawak tamat pada 23 April.
3) PKPD di Penjara Sri Aman dan kuarters kakitangannya di Sri Aman, Sarawak tamat pada 21 April
4) Seramai 110 individu ditahan kerana ingkar SOP PKP, dengan 108 dikompaun dan dua direman.
5) Op Benteng tangkap 23 Pati, rampas 11 buah kenderaan darat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami