awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD di dua lokaliti di Sarawak

Astro Awani
Astro Awani
07/04/2021
09:51 MYT
PKPD di dua lokaliti di Sarawak
Ismail Sabri menjelaskan menjelaskan Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan bersasar ke atas semua penduduk yang terlibat dan seterusnya menghalang penularan dalam komuniti. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti di Sarawak bermula 8 hingga 21 April.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan PKPD di Penjara Sri Aman dan Kuarters Kakitangan, Sri Aman serta Kampung Serpan Laut, Asajaya, Bahagian Samarahan, Sarawak dilaksanakan setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menurut Ismail Sabri, KKM telah melaksanakan 482 ujian saringan di Penjara Sri Aman dan kuarters kakitangan dan daripada jumlah itu 289 kes positif COVID-19 dikesan melibatkan 279 orang tahanan, lapan petugas penjara dan dua ahli keluarga kakitangan penjara.
"KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak di lokaliti tersebut dalam tempoh tujuh hari dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi.
"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Sri Aman dan Kuarters Kakitangan, Sri Aman, Sarawak bermula 8 April hingga 21 April 2021," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Manakala bagi Kampung Serpan Laut pula, Ismail Sabri memaklumkan 62 ujian saringan telah dijalankan dan daripada jumlah itu, sebanyak lima kes positif COVID-19 telah direkodkan di lokaliti ini.
"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD Kampung Serpan Laut, Asajaya, Bahagian Samarahan, Sarawak bermula 8 April sehingga 21 April 2021," katanya lagi.
Beliau menjelaskan, pelaksanaan PKPD ini adalah untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan bersasar ke atas semua penduduk yang terlibat dan seterusnya menghalang penularan dalam komuniti.
Topic Berkaitan
#perintah kawalan pergerakan diperketat
#PKPD
#ismail sabri yaakob
#Penjara Sri Aman dan Kuarters Kakitangan
#Kampung Serpan Laut
#Sarawak
#COVID-19
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan