PKPD di dua lokaliti Sabah dilanjutkan - Ismail Sabri

Umavathi Ramayah
November 29, 2020 09:10 MYT
PKPD di Kampung Numbak dan penempatan Telipok, Kota Kinabalu, Sabah dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 13 Disember depan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Numbak dan penempatan Telipok, Kota Kinabalu yang dijadualkan tamat pada Ahad, dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 13 Disember depan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan iti dibuat atas nasihat serta penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Selain jumlah kes aktif yang masih tinggi, terdapat ramai lagi penduduk di kedua-dua lokaliti ini yang perlu menjalani ujian saringan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.
Kerajaan sebelum ini melaksanakan PKPD di Kampung Numbak dan penempatan Telipok bermula 16 November lalu.
Kedua-dua lokaliti ini mempunyai penduduk yang padat iaitu dianggarkan kira-kira 21,000 penduduk dengan jumlah pecahan penduduk di penempatan Telipok kira-kira 15,000, manakala di Kampung Numbak seramai 5,700.
#PKPD #Kota Kinabalu #Sabah #Kampung Numbak #Penempatan Telipok #COVID-19 #ujian saringan #dilanjutkan #Kementerian Kesihatan