KUALA LUMPUR :Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga kawasan di Sabah dan satu di Johor ditamatkan pada Isnin selepas kes COVID-19 di kawasan itu kini dalam keadaan terkawal.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, empat lokaliti itu ialah Pusat Tahanan Sementara (PTS) Kota Kinabalu, Penjara Kepayan, Kuarters Penjara Taman Mat Salleh Kampung Matambai di Sabah dan Institut Latihan KKM di Johor.
“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, sidang khas hari ini bersetuju menamatkan PKPD di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Kota Kinabalu, Penjara Kepayan dan Kuarters Penjara Taman Mat Salleh Kg. Matambai hari ini, 16 November 2020 seperti yang dijadualkan.
“Sidang khas hari ini juga bersetuju menamatkan PKPD di Institut Latihan KKM, Johor Bahru hari ini, 16 November 2020 seperti yang dijadualkan.
“Walau bagaimanapun, kesemua penduduk di lokaliti ini masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di negeri tersebut,” katanya dalam sidang media pada Isnin.
BACA: COVID-19: PKPD di kawasan asrama pekerja Top Glove di Klang
Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan sebanyak 1,824 saringan di PTS Kota Kinabalu dan merekodkan sebanyak 425 kes positif COVID-19 manakala 3,970 saringan di Penjara Kepayan dan merekodkan 1,857 kes positif COVID-19.
“Sehingga 14 November 2020, bilangan kes adalah terkawal dengan hanya terdapat 25 kes aktif di PTS Kota Kinabalu dan satu kes aktif di Penjara Kepayan dan kesemuanya telah menerima rawatan.
“KKM juga telah melaksanakan sebanyak 1,291 saringan dan secara kumulatif telah merekodkan sebanyak 33 kes positif di Institut Latihan KKM di Johor Bahru.
“Kes positif terakhir dilaporkan adalah pada 10 November 2020. Sehingga 14 November 2020, KKM memaklumkan kesemua keputusan sampel saringan telah diperolehi dan bilangan kes adalah terkawal,” ujarnya.
Ridauddin Daud
Mon Nov 16 2020

Ismail memberitahu, sidang khas hari ini bersetuju menamatkan PKPD di PTS Kota Kinabalu, Penjara Kepayan dan Kuarters Penjara Taman Mat Salleh Kg. Matambai hari ini, 16 November 2020 seperti yang dijadualkan. - Gambar fail

Vaksin COVID-19: 434,301 individu sudah lengkapkan dua dos suntikan
Jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara kini adalah 1,105,890

Olahraga: Keputusan atlet jangan jadikan isu - Nazmizan
Selepas tujuh bulan di bawah kendalian Dwayne Miller, Khairul Hafiz dan Muhammad Haiqal memilih untuk kembali bersama Mohd Poad.

Karya 'terbakar' pelukis Malaysia hiasi muka hadapan Time Magazine
Hasil karya pelukis Malaysia, Red Hong Yi, akan menghiasi di muka hadapan keluaran edisi khas Time Magazine.

VITAGEN sumbang 30,000 minuman susu kultur probiotik hargai barisan hadapan
Jay Queen berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu akan terus diperluas sebagai usaha pihaknya melahirkan rakyat dan negara yang sihat.

Ramadan 2021: 'Sambal Neraka' dan 'Hati Sukma' juadah istimewa kian pupus
Ramai tidak mengetahui ia sebenarnya adalah antara makanan warisan negara yang hampir pupus.

Niaga AWANI: Pembiayaan Dagangan | Apakah cabaran pembiayaan dagangan PKS ASEAN?
Kita ingin melihat kepada cabaran dalam pembiayaan dagangan bersama pengasas bersama DLT Ledgers, Samir Neji di Singapura.

ESSCOM kenal pasti tali barut penculikan di perairan ESSZONE Sabah
ESSCOM telah mengenal pasti tali barut yang terlibat dengan penculikan di perairan pantai timur Sabah.

Niaga AWANI: Pemulihan Ekonomi | Analisis data ekonomi minggu ini
Dan untuk bincangkan data-data ekonomi minggu ini dan apakah cabaran pemulihan ekonomi di Amerika, kita bersama Ketua Pakar Ekonomi Juwai IQI, Shan Saeed

AWANI Pagi: Segarkan ingatan kepada estidotmy
Ketahui apa manfaat dan pengisian Estidotmy yang berwajah baharu dalam AWANI Pagi bersama tetamu dari Akademi Sains Malaysia dan tenaga pengajar bidang sains dan teknologi (STEM) . #LembaranBaharu #Ramadan2021

AWANI Ringkas: R-Naught naik lagi | PKP dengan kebenaran solat tarawih, Jumaat

PKP di Tawau dilanjutkan, enam lokasi PKPD di Sabah, Sarawak dan Melaka ditamatkan
Kerajaan bersetuju melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Daerah Tawau, Sabah bermula 17 April sehingga 30 April 2021.

PKP dilaksana di Sandakan, Sabah - Ismail Sabri
Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sandakan, Sabah berkuat kuasa 17 April sehingga 30 April 2021.

Ketidakpatuhan SOP bazar Ramadan: KKM beri kuasa kepada PBT kompaun kesalahan
Netizen mula berkongsi gambar dan video menunjukkan pengunjung bazar Ramadan bersesak-sesak, dan tidak mematuhi penjarakan fizikal ketika membeli juadah untuk berbuka di bazar Ramadan.

Keputusan PKP Sarawak akan diketahui esok - Uggah
Ia setelah kenyataan berkenaan status PKP di Sarawak oleh MKN ditarik semula pada Rabu.

PKPD di Kg. Juara, Pulau Tioman tamat esok, ini 5 tumpuan kenyataan media PKP
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Juara, Pulau Tioman, Rompin, Pahang, ditamatkan esok, lebih awal daripada jadual asal iaitu 20 April.

4 kawasan di Sabah, Pahang dikenakan PKPD bermula esok - Ismail Sabri
Kawasan terbabit ialah Kampung Tanjung Batu Keramat, Kota Belud serta Ladang Leepang, Ladang Laukin dan Kampung Inoi di Muadzam Shah, Rompin.

7 daerah di Kelantan dikenakan PKP - Ismail Sabri
Keputusan melaksanakan PKP itu dibuat ekoran berlaku peningkatan kes mendadak dan atas persetujuan kerajaan Kelantan.

8 kawasan di Temerloh, Sandakan, Kota Belud dikenakan PKPD bermula esok
Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di empat perkampungan di daerah Temerloh, Pahang bermula dari 14 hingga 27 April 2021.

COVID-19: SOP tidak 'standard' faktor ancaman gelombang keempat - Pakar
Walaupun dikatakan SOP, tapi kerap kali kita lihat tidak 'standard', tidak ada piawaian, menyebabkan rakyat menjadi keliru ditambah dengan penguatkuasaan yang tidak sekata.

Malaysia, New Zealand komited dalam kerjasama pertahanan - Ismail Sabri
Malaysia dan New Zealand mengesahkan komitmen bersama dalam hubungan pertahanan di bawah FPDA dan ADMM serta ADMM-Plus.