awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD di Kampung Saguking Laut, Kampung Sebor Baru di Labuan bermula esok

Isabelle Leong
Isabelle Leong
20/10/2020
09:51 MYT
PKPD di Kampung Saguking Laut, Kampung Sebor Baru di Labuan bermula esok
Pergerakan keluar masuk tidak dibenarkan kecuali kes kecemasan - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatakan (PKPD) di Kampung Saguking Laut dan Kampung Sebor Baru di Labuan berkuat kuasa 21 Oktober sehingga 3 November depan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu diputuskan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) susulan peningkatan kes positif COVID-19 di kawasan tersebut.
Ismail berkata jumlah penduduk kampung yang terlibat adalah seramai 8,062 orang.
“Pelaksanaan PKPD supaya pergerakan keluar masuk di kawasan tersebut dapat dikawal dan memudahkan pelaksanaan ujian saringan COVID-19.
“Kawalan keselamatan dan penguatkuasaan akan dilakukan oleh agensi keselamatan iaitu PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Imigresen (JIM).
“Kebajikan penduduk akan diuruskan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya pada sidang media harian berhubung perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini, hari ini.
Beliau berkata penduduk yang terlibat perlu menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO), manakala bagi mereka yang merupakan kontak rapat; yang bergejala serta diambil sampel akan dipakaikan gelang pengawasan.
"Pergerakan keluar masuk membabitkan kawasan PKPD tidak dibenarkan kecuali kecemasan dan penduduk yang bekerja juga tidak dibenarkan keluar dari kawasan itu.
"Aktiviti sosial dan agama serta segala bentuk perhimpunan tidak akan dibenarkan.
“Aktiviti 'barter trade' yang dilaksanakan di kawasan berkenaan juga tidak dibenarkan,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, sedikit kelonggaran diberikan terhadap aktiviti perniagaan untuk menjana ekonomi seperti kedai runcit dan premis makanan dibenarkan beroperasi dari pagi hingga jam 6 petang melalui kaedah bawa pulang.
Topic Berkaitan
#PKPD
#Kampung Saguking Laut
#Kampung Sebor Baru
#Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatakan
#gelang pengawasan
#HSO
#perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah
#Ismail Sabri
#COVID-19
#Sabah
#Labuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan