awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan dua lagi lelaki bantu siasatan kes bunuh di Sg Bakap
Mohamad Hasan gesa rakyat Malaysia di luar negara kerjasama rapat dengan kedutaan
Penempatan semula mesin pengimbas di KLIA T1, tingkat keselamatan, lancar aliran penumpang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD di Penjara Taiping bermula esok

Astro Awani
Astro Awani
25/01/2021
09:53 MYT
PKPD di Penjara Taiping bermula esok
Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Taiping dan Kuarters Kakitangan bermula 26 Januari 2021 sehingga 8 Februari 2021. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Taiping dan Kuarters Kakitangan bermula 26 Januari 2021 sehingga 8 Februari 2021.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata, ia susulan peningkatan kes positif COVID-19 secara mendadak di lokaliti itu.
"Sehingga 23 Januari 2021, sebanyak 43 kes positif COVID-19 telah direkodkan yang melibatkan 40 tahanan dan tiga kakitangan penjara," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Langkah itu juga bagi memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua tahanan, kakitangan serta kontak rapat yang terlibat untuk memastikan tiada jangkitan dalam komuniti.
Prosedur operasi standard (SOP) PKPD di penjara ini juga sama seperti yang diumumkan sebelum ini termasuk pergerakan keluar masuk dan lawatan oleh ahli keluarga adalah tidak dibenarkan.
Dalam pada itu, mengenai kuarantin wajib, semalam, seramai 874 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.
Sejak 24 April 2020, seramai 109,821 individu telah pulang ke tanah air dan kesemua ditempatkan di 75 hotel dan 15 Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta di seluruh negara.
Selain itu, pemantauan serta pemeriksaan oleh anggota Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di peringkat peruncit dan pemborong mendapati bekalan makanan berada dalam keadaan stabil dan mencukupi.
"Semalam, KPDNHEP telah membuat 748 pemantauan harian ke atas 11 jenis bekalan barangan terdiri peruncit (574), pemborong (146) dan pengilang (28)," ujarnya.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#perintah kawalan pergerakan
#PKPD
#kes positif
#penjara
#Taiping
#Malaysia
#KKM
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan