PKPD di Ladang FGV Mengkarak 1 dilanjutkan - MKN

Astro Awani
November 24, 2021 13:06 MYT
Pelanjutan itu dibuat selepas meneliti analisis Kementerian Kesihatan mengenai risiko dan trend jangkitan COVID-19 di kawasan itu. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Ladang FGV Mengkarak 1 di Bera, Pahang, yang dijadualkan berakhir esok, dilanjutkan sehingga 2 Disember.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata pelanjutan itu dibuat selepas meneliti analisis Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai risiko dan trend jangkitan COVID-19 di kawasan itu.
"PKPD di Felda Chini 3 Mukim Penyor di Pekan, Pahang, yang bermula pada 12 Nov, akan berakhir esok seperti yang dijadualkan," katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook hari ini, sambil menambah tiada lokaliti baharu diletakkan di bawah PKPD hari ini.
#PKPD #COVID-19 #Majlis Keselamatan Negara #Kementerian Kesihatan