awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengurusan tanah rumah ibadat di bawah bidang kuasa kerajaan negeri - Aaron
Bunuh ibu tunggal: Tiga lelaki direman tujuh hari
PokéPark Kanto buka tirai di Tokyo, Pokémon ‘hidup’ dalam dunia sebenar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD di Taman Semarak, PPR Sri Balung tamat esok

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
07/11/2020
09:20 MYT
PKPD di Taman Semarak, PPR Sri Balung tamat esok
Keputusan itu dibuat selepas kes COVID-19 di kawasan itu menunjukkan trend penurunan dan terkawal. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Semarak dan Program Perumahan Rakyat (PPR) Sri Balung di Tawau akan tamat esok seperti yang dijadualkan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas kes COVID-19 di kawasan itu menunjukkan trend penurunan dan terkawal.
“Penilaian risiko yang dijalankan oleh KKM mendapati situasi kes COVID-19 di kedua-dua lokaliti ini mencatatkan trend penurunan dan terkawal.
“Atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), Sidang Khas hari ini bersetuju agar pelaksanaan PKPD di kedua-dua lokaliti ini ditamatkan pada 8 November (esok) seperti yang dijadualkan,” ujarnya.
Menurutnya, pelaksanaan PKPD di kedua-dua kawasan itu bermula pada 26 Oktober lalu.
“Sehingga 5 November, KKM telah melakukan sebanyak 2,051 saringan di Taman Semarak dan hanya 13 kes didapati masih aktif.
“Bagi PPR Sri Balung, sehingga 31 Oktober, KKM telah melaksanakan sebanyak 1,149 saringan dan juga mendapati hanya 13 kes masih aktif.
“Penilaian risiko yang dijalankan oleh KKM mendapati situasi kes COVID-19 di kedua-dua lokaliti ini mencatatkan trend penurunan dan terkawal,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#PKPD
#Tawau
#KKM
#ismail sabri yaakob
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#menteri
#Malaysia
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan