awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TimeTec Parking lancar sistem bayaran parkir guna DuitNow QRPay
Korea Selatan akan import lebih 2 juta telur dari AS ekoran penularan selesema burung
Istana nafi Tengku Ampuan Pahang tawar bantuan wang tunai melalui media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD di tujuh lokaliti di tiga negeri

Astro Awani
Astro Awani
14/09/2021
11:36 MYT
PKPD di tujuh lokaliti di tiga negeri
Lima lokaliti di Sabah dan masing-masing satu lokaliti di Pahang dan Kelantan akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula 16 hingga 29 September ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Lima lokaliti di Sabah dan masing-masing satu lokaliti di Pahang dan Kelantan akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula 16 hingga 29 September ini.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, prosedur operasi standard (SOP) bagi semua lokaliti terbabit adalah sama seperti diumumkan sebelum ini.
"Lima lokaliti di Sabah yang dilaksanakan PKPD melibatkan Kampung Kirangawan (Darat dan Tengah) dan Kampung Pinatau di Kota Marudu, Kampung Nuntunan Apin-Apin di Keningau, Kampung Lungkidau di Ranau dan Perumahan Pekerja Ladang Boustead Ruku-Ruku di Telupid.
"Manakala satu lokaliti di Pahang adalah Kampung Tementong, Mukim Cheka 1 di Daerah Lipis sementara Kampung Bahagia di Mukim Batu Mengkebang, Kuala Krai merupakan lokaliti di Kelantan yang dilaksakan PKPD," katanya dalam satu kenyataan harian MKN pada Selasa.
Beliau juga memaklumkan PKPD di dua lokaliti di Pahang iaitu Kampung Badong Dalam dan Kampung Permatang Durian di Mukim Bebar, Pekan dilanjutkan dari 16 hingga 29 September.
Sementara itu, enam lokaliti di Sabah membabitkan Taman Ria Height di Tawau, Kampung Narawang dan Kampung Mininsalu Baru di Ranau, Kampung Labuan dan Kampung Ambong Tolus serta Kampung Rampayan Laut di Kota Belud ditamatkan PKPD pada 15 September ini.
Topic Berkaitan
#Majlis Keselamatan Negara
#MKN
#PKPD
#dilaksanakan
#dilanjutkan
#Ditamatkan
#Sabah
#Pahang
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan