NATIONAL

PKPD dilaksanakan di Ladang FGV Tembangau 7, Bera - MKN

Astro Awani 19/11/2021 | 15:00 MYT
PKPD akan dilaksanakan di Ladang FGV Tembangau 7, Bera, Pahang. - Bernama
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Ladang FGV Tembangau 7, Bera, Pahang, dari 21 November sehingga 4 Disember.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan keputusan melaksanakan PKPD di lokaliti berkenaan dibuat setelah meneliti analisis oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko trend jangkitan COVID-19.

Semua prosedur operasi standard (SOP) adalah sama seperti sebelum ini.

Sementara itu, Rodzi memaklumkan tiada mana-mana lokaliti yang dilanjutkan atau ditamatkan PKPD pada 19 November.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


#PKPD #perintah kawalan pergerakan #Ladang FGV Tembangau 7 #COVID-19