[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
NATIONAL

PKPD dilaksanakan di PUSPEN, Sg Ruan, Raub - MKN

Astro Awani 26/11/2021 | 13:43 MYT
PKPD akan dilaksanakan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sungai Ruan, Raub, Pahang. - Gambar hiasan/ Bernama
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sungai Ruan, Raub, Pahang, bermula 28 November sehingga 11 Disember.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan keputusan melaksanakan PKPD di lokaliti berkenaan dibuat setelah meneliti analisis oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko trend jangkitan COVID-19.
Semua prosedur operasi standard (SOP) adalah sama seperti sebelum ini.
Sementara itu, Rodzi memaklumkan tiada mana-mana lokaliti yang dilanjutkan atau ditamatkan PKPD pada 26 November.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan #PKPD #COVID-19 #MKN