PKPD dilanjut, 131 individu dikompaun... ini 5 tumpuan kenyataan media PKP

Fareez Azman
April 18, 2021 11:02 MYT
Ismail Sabri berkata, PKPD dikenakan di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan bermula tengah malam ini sehingga 2 Mei depan. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lima kawasan di Besut, Terengganu dilanjutkan sehingga 27 April, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Berikut adalah lima tumpuan kenyataan media beliau pada Ahad:
1) PKPD di lima kawasan di Besut dilanjutkan sehingga 27 April.
2) PKPD dikenakan di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan bermula tengah malam ini sehingga 2 Mei depan.
3) Seramai 158 individu ditahan, 27 direman kerana ingkar SOP PKP pada Sabtu.
4) Seramai 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) diusir, lapan kenderaan darat dirampas dalam Operasi Benteng.
5) Sebanyak 63,809 pemeriksaan dijalankan Task Force Operasi Pematuhan pantau pematuhan SOP PKP.
#Media #perintah kawalan pergerakan #PKP #PKPD #SOP #Besut #pati #menteri #operasi #Sains #COVID-19 #Kelantan #terengganu