KOTA KINABALU:Kerajaan negeri Sabah mengesahkan penyebaran wabak COVID-19 di negeri itu dalam keadaan terkawal.
Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata meskipun keadaan semasa adalah terkawal, namun ia masih membimbangkan.
Katanya, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan adalah di kawasan yang dikategorikan dalam zon merah.
"Kami telah diberi taklimat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) dan ia termasuk berkaitan kes jangkitan COVID-19.
"Penjarakan sosial (fizikal) berada dalam keadaan yang amat membimbangkan dan kita harus waspada.
"Peningkatan serangan di Sabah ini sudah menjangkau angka 2,000.
"Namun menurut SKN, keadaan masih terkawal dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan hanya dilakukan di kawasan zon merah dan bukan di seluruh negeri Sabah," katanya dalam sidang media yanh diadakan di kediamannya di Kota Kinabalu pada Selasa.
Ditanya mengenai kemungkinan portfolio Menteri Kesihatan akan diumumkan terlebih dahulu berbanding portfolio lain, Bung Moktar berkata ia akan dibincangkan tidak lama lagi.
"Mungkin itu akan diperbincangkan dan bukan itu sahaja beberapa kementerian juga akan diubah suai.
"Cuma matlamat utama kita adalah untuk menangani isu COVID-19 ini, dan siapa yang bakal mengetuai itu, kita akan tentukan.
"Sabah telah mempunyai pengalaman sebelum ini, jadi saya yakin dengan kedudukan sekarang kita akan mampu menanganinya melalui cara apa sekalipun," katanya.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Tue Sep 29 2020

BUNG MOKTAR: Penjarakan fizikal berada dalam keadaan yang amat membimbangkan dan kita harus waspada.

Ambil lebih 9,000 pekerja tempatan, Top Glove hargai bakat anak muda
Inisiatif untuk mengambil 9,000 tenaga tempatan, termasuk lebih 2,000 siswazah yang baru menamatkan pelajaran, adalah sumbangan kecil mereka dalam memajukan ekonomi negara.

PKP di Bahagian Sibu dan PKPB di seluruh Sarawak dilanjutkan 14 hari
JPBN Sarawak melanjutkan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sibu selama 14 hari.

COVID-19: Top Glove nafi tidak bersedia dari awal
Penularan gelombang ketiga benar-benar memberi kesan kerana ia berlaku pada skala lebih besar, berbanding gelombang pertama dan kedua.

Kereta Ferrari 430 terbakar, mujur pemandu selamat
Kebakaran memusnahkan sehingga 80 peratus daripada fizikal kenderaan mewah berkenaan.

Siti Nurhaliza raih enam anugerah Joox, atasi Justin Bieber
Siapa kata artis Malaysia tidak dikenali di mata dunia? Jika ada yang masih mempunyai anggapan sedemikian, ternyata anda silap sama sekali!

Sektor IKS | Kerajaan disaran fokus pada isu membelenggu IKS pasca COVID-19
Penyampaian pakej stimulus yang kurang berkesan, ketidakseimbangan polisi pendigitalan dan automasi dengan realiti sebenar perniagaan, serta kerumitan penguatkuasaan, antara isu yang menjejaskan kemampanan industri Perniagaan Kecil dan Sederhana (IKS).

Macau Scam | 11 suspek direman di bawah POCA
Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu membenarkan 11 suspek yang dipercayai ahli sindiket Macau Scam direman selama 21 bagi siasatan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959. Hakim Norashima Khalid memberi kebenaran itu bermula hari ini sehingga 16 Februari selepas menerima permohonan daripada pihak polis.

PERMAI | RM150 juta lagi diperuntukkan untuk GKP
Sebanyak RM150 juta lagi peruntukan tambahan disalurkan kepada Geran Khas Prihatin (GKP) di bawah Pakej Bantuan Khas Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Cerita Sebalik Berita: Cabaran kelangsungan PdPR guru pendidikan khas
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.

Bayaran BPN 2.0 | Ambil masa seminggu dikreditkan
Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) fasa kedua yang melibatkan keseluruhan nilai RM2.38 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun penerima dalam tempoh seminggu.

'Jangan dengar khabar angin, saya tidak mahu terbabit' - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan beliau tidak mahu terlibat dalam isu mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan sebagai presiden parti.

RM15 juta anggaran peruntukan bagi baik pulih Jalan Paitan - Bung Moktar
Kerajaan Sabah menganggarkan RM15 juta dana diperlukan bagi membaik pulih kerosakan jalan akibat tanah runtuh di kilometer 127.7 Jalan Paitan-Kanibungan, di sini.

Sabah perlu RM13 bilion atasi masalah bekalan air - Bung Moktar
Isu air di negeri itu berpunca daripada pelbagai faktor yang akhirnya menjejaskan ramai pengguna dan menjadi masalah besar.

Sabah bentang enakmen baharu libatkan isu air - Bung Moktar
Bung Moktar berkata, bagaimanapun perkara itu akan dibawa ke peringkat sidang DUN Sabah selepas tempoh Proklamasi Darurat tamat.

22 loji rawatan air di Sabah bermasalah, perlu ditangani segera - Bung Moktar
Sebanyak 22 loji rawatan air di Sabah mengalami masalah dan perlu diatasi segera bagi memastikan penduduk negeri itu menerima bekalan air bersih.

Kes Bung Moktar: Surat pindahan wang RM150 juta untuk tujuan pelaburan - Saksi
Bung yang merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif pada ketika itu, dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Madhi Abdul Hamid, 38, menerusi isterinya Zizie, 42.

Apa yang jadi di Semenanjung, GRS pertahankan mandat rakyat
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil pendekatan untuk terus mempertahankan mandat rakyat negeri ini selepas pilihan raya lalu.

Pemecatan Annuar tidak jejas Gabungan Rakyat Sabah - Bung Moktar
Bagaimanapun, tindakan itu boleh menghasilkan 'tempias' tersendiri, terutamanya di peringkat akar umbi.

UMNO Sabah niat bertanding 12 kerusi pada PRU15 - Bung Moktar
UMNO Sabah berniat untuk bertanding 10 hingga 12 kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.

UMNO Sabah kekalkan kerjasama dengan Bersatu untuk PRU15
Kerjasama antara UMNO Sabah dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah akan dikekalkan dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).